Pusingan 1 Malaysia Superbike Championship 2018 Berlangsung Hujung Minggu Ini!

Pusingan pertama bagi ‘Pirelli Malaysia Superbike Championship 2018″ (MSC 2018) akan berlangsung pada hujung minggu ini dari 11 hingga 13 Mei 2018. Ramai penunggang akan bersaing untuk kejohanan tahun ini termasuklah juara tahun lalu, Muhammad Farid Badrul Hisam. Peserta baru lain yang menarik adalah Azlan Shah bersama Chia PJ Kawasaki dan TOC Automotive College.

KMSB Dengan Jayanya Telah Menganjurkan Kawasaki Track Day 2018

Kawasaki Motors Malaysia (KMSB) telah menganjurkan acara Kawasaki Track Day 2018 pada hari Ahad (6 Mei 2018) yang lalu. Kira-kira 100 orang pemilik Kawasaki telah menyertai acara hari litar yang menyeronokkan ini di Litar Antarabangsa Sepang (SIC). Juara ARRC 2017, Azlan Shah Kamaruzaman juga turut serta dalam acara ini bagi menguji jentera Ninja ZX-10R milik…

Azlan Shah Sertai Chia Motor PJ Untuk MSC 2018

Azlan Shah telah menandatangani perjanjian dengan Chia Motor PJ Kawasaki Racing Team untuk bersaing dalam kejohanan Malaysia Superbike Championship (MSC) tahun ini. Pelumba berusia 33 tahun dari Klang itu telah bersedia untuk menghadapi cabaran mengemudi jentera Kawasaki Ninja ZX-10R. MSC bakal menjadi pentas yang sesuai buat Azlan sebelum dia berpindah ke kelas 1,000cc yang pertama…

ARRC 2018: Azlan Shah Sasar Kedudukan Pendahulu Kejohanan Pada Pusingan 2

Azlan Shah Kamaruzaman merancang untuk merampas kedudukan pendahulu kejohanan pada hujung minggu ini sewaktu Pusingan 2 bagi siri perlumbaan ARRC 2018. Penunggang bagi pasukan Manual Tech KYT Kawasaki Racing itu mempunyai kelebihan yang besar kerana Anthony West terpaksa menarik diri bagi pusingan tersebut. Azlan pada waktu ini berada di tempat ke-dua di belakang Anthony West…

Azlan Shah Terima Motosikal Kawasaki KX450F Untuk Kegunaan Latihan

Azlan Shah telah membawa pulang sebuah motosikal Kawasaki KX450F serba baru pada hari ini untuk kegunaan latihannya bagi tahun 2018. Juara ARRC (Asia Road Racing Championship) 2017 itu akan mempertahankan takhtanya pada musim ini. Motosikal Kawasaki KX450F ini cukup sesuai bagi mana-mana penunggang yang memperbaiki tahap kecergasan, ketahanan dan ketangkasan mereka.

ARRC: Azlan Shah Terpantas Pada Hari Pertama Ujian di Buriram

Azlan Shah Kamaruzaman telah mencatatkan masa terpantas semalam sewaktu ujian pra musim FIM ARRC 2018 di Buriram. Azlan, bersama pasukan Manual Tech KYT Kawasaki Racing telah memacu jentera ZX-6Rnya mendahului penunggang dari Thailand, Decha Kraisart, dan seorang lagi penunggang negara, Zaqhwan Zaidi. Hari ke-2 ujian akan berlangsung pada hari ini di bagi mempersiapkan para penunggang…

Kawasaki Motors Malaysia Membekalkan Motosikal Perlumbaan Bagi Program SIC “Impian ke MotoGP”

  Kawasaki Motors Malaysia (KMSB) telah membekalkan motosikal perlumbaan yang diperlukan untuk para penunggang muda yang dipilih untuk menyertai program SIC “Impian ke MotoGP”. Beberapa buah unit motosikal jalan raya Kawasaki Ninja 250 SL yang telah ditala untuk perlumbaan yang akan digunakan oleh penunggang-penunggang tersebut untuk berlatih di bawah kelolaan Zulfahmi Khairuddin. Kawasaki Malaysia dikenali…

Juara ARRC Azlan Shah Terlibat Dalam Kemalangan Trafik

Azlan Shah merupakan Juara ARRC 600cc bagi musim 2017. Dia tidak mengalami sebarang kecederaan yang amat serius dalam kemalangan tersebut namun lidahnya memerlukan tujuh jahitan, selain kehilangan telefon serta wang. Azlan dijangka akan memulakan persiapan bagi musim 2018-nya dalam masa yang terdekat ini.

Tunggang Uji Honda RC213V-S

Artikel Oleh: Wahid Ooi Abdullah Kami telah diberikan peluang bagi menunggang motosikal replika RC213V-S MotoGP. Ianya adalah sebahagian daripada ‘Year End Gathering’ Boon Siew Honda bersama dengan warga media. Motosikal RC213V-S ini lain daripada motosikal yang lain yang ada di dunia ini.