JDS Suspension Lancar Penyerap Hentakan J3 Monoshock Edisi Terhad

Pengeluar penyerap hentakan dari Taiwan, JDS Suspension melancarkan produk edisi terhad,JDS J3 Monoshock yang lahir dengan kerjasama juara kategori Underbone 150cc Asia Road Racing (ARRC) 2018, Md Helmi Azman daripada SCK Racing Team. Penyerap hentakan serba baharu ini dihasilkan bagi meningkatkan tahap keselamatan sekaligus memberi pengalaman tunggangan lebih selesa. Monoshock merupakan komponen yang penting terutamanya…

ARRC: Azlan Shah Ungguli Kategori ASB1000

Pelumba negara, Azlan Shah Kamaruzaman daripada pasukan ONEXOX TKKR SAG berjaya mengungguli pusingan pertama Kejohanan Motosikal Asia (ARRC) di Litar Antarabangsa Sepang selepas menjuarai kategori ASB1000 hari ini. Ini adalah kali pertama kategori ASB1000 dipertandingkan dalam saingan ARRC. Meskipun berdepan saingan sengit daripada pelumba Thailand, Thitipong Warakorn (Kawasaki Thailand Racing Team) namun ketenangan ditonjolkan Azlan…

ARRC: Adam Buru Gelaran Juara

Bekas pelumba Moto3 negara, Adam Norrodin, mahu merebut gelaran juara dalam saingan Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) 2019 bagi kelas Supersports 600cc. Pelumba berusia 20 tahun itu yakin pengalaman dimiliknya ketika bersaing di Moto3 akan memainkan peranan penting dalam merebut podium bersama pasukan SIC Junior ZK Racing. Adam digugurkan hujung musim lalu daripada pasukan Moto3 Petronas…

Kalendar ARRC Musim 2019 Diumumkan – Pusingan baharu Di Korea Selatan!

Kalendar rasmi ARRC 2019 telah pun diumumkan di mana sejumlah tujuh buah pusingan akan berlangsung pada musim hadapan. Buat pertama kalinya, Kejohanan FIM Asia Road Racing Championship akan menampilkan kelas premier 1,000cc yang baharu, iaitu ASB1000 (Asia Superbike). Pusingan pertama akan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bermula dari 8 hingga 10 Mac 2019.

ARRC 2018: Azlan Shah Sasar Kedudukan Pendahulu Kejohanan Pada Pusingan 2

Azlan Shah Kamaruzaman merancang untuk merampas kedudukan pendahulu kejohanan pada hujung minggu ini sewaktu Pusingan 2 bagi siri perlumbaan ARRC 2018. Penunggang bagi pasukan Manual Tech KYT Kawasaki Racing itu mempunyai kelebihan yang besar kerana Anthony West terpaksa menarik diri bagi pusingan tersebut. Azlan pada waktu ini berada di tempat ke-dua di belakang Anthony West…

ARRC: Azlan Shah Terpantas Pada Hari Pertama Ujian di Buriram

Azlan Shah Kamaruzaman telah mencatatkan masa terpantas semalam sewaktu ujian pra musim FIM ARRC 2018 di Buriram. Azlan, bersama pasukan Manual Tech KYT Kawasaki Racing telah memacu jentera ZX-6Rnya mendahului penunggang dari Thailand, Decha Kraisart, dan seorang lagi penunggang negara, Zaqhwan Zaidi. Hari ke-2 ujian akan berlangsung pada hari ini di bagi mempersiapkan para penunggang…

Honda Memperkenalkan Pasukan Honda Asia-Dream Racing bersama Zaqhwan Zaidi!

Pasukan Honda Asia-Dream Racing Team telah dilancarkan secara rasmi pada awal hari ini bersama dengan penunggang handalannya, Zaqhwan Zaidi. Pasukan yang baru dibentuk itu akan memulakan persaingannya dengan menyertai All-Japan Road Race Championship 2018 dan perlumbaan ketahanan Suzuka 8-hour. Mereka kemudiannya akan mengalihkan tumpuan mereka ke arah kelas Superbike baru dalam siri perlumbaan Asia Road…

Kawasaki Motors Malaysia Membekalkan Motosikal Perlumbaan Bagi Program SIC “Impian ke MotoGP”

  Kawasaki Motors Malaysia (KMSB) telah membekalkan motosikal perlumbaan yang diperlukan untuk para penunggang muda yang dipilih untuk menyertai program SIC “Impian ke MotoGP”. Beberapa buah unit motosikal jalan raya Kawasaki Ninja 250 SL yang telah ditala untuk perlumbaan yang akan digunakan oleh penunggang-penunggang tersebut untuk berlatih di bawah kelolaan Zulfahmi Khairuddin. Kawasaki Malaysia dikenali…

Lima Penunggang Muda Terpilih Untuk Program SIC “Impian ke MotoGP”

Lima penunggang muda telah terpilih untuk program “Impian ke MotoGP”, sebuah program yang dianjurkan oleh Litar Antarabangsa Sepang (SIC). Penunggang yang berusia dari 13 hingga 15 tahun tersebut akan menjalani regimen latihan intensif yang diketuai oleh pelumba negara, Zulfahmi Khairuddin. Dua penunggang terbaik akan diberikan peluang untuk bertanding di dalam siri perlumbaan FIM CEV Repsol…