Azlan Shah Terima Motosikal Kawasaki KX450F Untuk Kegunaan Latihan

  • Azlan Shah telah membawa pulang sebuah motosikal Kawasaki KX450F serba baru pada hari ini untuk kegunaan latihannya bagi tahun 2018.
  • Juara ARRC (Asia Road Racing Championship) 2017 itu akan mempertahankan takhtanya pada musim ini.
  • Motosikal Kawasaki KX450F ini cukup sesuai bagi mana-mana penunggang yang memperbaiki tahap kecergasan, ketahanan dan ketangkasan mereka.

Salah seorang wira sukan permotoran negara kita, yang juga merupakan juara ARRC (Asia Road Racing Championship) 2017, Azlan Shah Kamaruzaman, telah berjaya memiliki sebuah lagi motosikal untuk melengkapkan lagi ‘keluarga’ motosikalnya, dan ia datang dalam bentuk sebuah Kawasaki KX450F.

Dalam sebuah pos Instagram terkininya, penunggang berusia 33 tahun dari Klang itu telah mengumumkan bahawa dia telah membawa pulang sebuah Kawasaki KX450F serba baru bagi meningkatkan lagi regimen latihannya bagi memastikan dia berada di tahap fizikal dan mental yang terbaik untuk musim perlumbaan tahun ini.

Diaturkan oleh Kawasaki Motors Malaysia Sdn. Bhd. (KMSB), bersama dengan Kawasaki Heavy Industries, motosikal Kawasaki KX450F yang baru ini sudah pasti akan dapat membantu Azlan Shah dalam latihannya, terutamanya dari segi kecergasan, ketahanan, dan juga ketangkasan.

Motosikal KX450F ini dianggap ramai sebagai sebuah motosikal berprestasi terbaik dalam kelasnya, dari segi enjin dan casisnya. Dilengkapkan dengan enjin satu silinder 450cc, motosikal KX450F ini mampu meninggalkan pesaingnya dengan beberapa kelengkapan tambahan yang menakjubkan seperti kawalan mulaan, omboh berprestasi tinggi, talaan perlumbaan pengilang, dan aturcara penunggangan boleh pilih, di samping kelengkapan-kelengkapan yang lain.

Azlan Shah telah memulakan kempen bagi musim 2018 ini dengan podium berganda dalam pusingan pembukaan bagi Asia Road Racing Championship 2018. Perlumbaan yang pertama ini telah berlangsung di Litar Antarabangsa Chang di Buriram, Thailand, di mana juara bertahan tersebut mendapat tempat ke-tiga bagi kedua-dua Perlumbaan 1 dan Perlumbaan 2. Ini telah meletakkannya di tempat ke-dua keseluruhan dengan perbezaan hanya sebanyak 13 mata di belakang pendahulu kejohanan, Anthony West (Webike IKAZUCHI Racing).

Bersama dengan pasukan Manual Tech KYT Kawasaki Racing, Azlan Shah tampak bersedia untuk menjadi juara ARRC dua tahun berturut-turut. Pusingan 2 akan berlangsung di Australia, di litar Bend Motorsports Park bermula dari 19 hingga 22 April 2018. Selamat maju jaya Azlan dan #FullGas hingga ke penamatnya!

Tunggangan Pertama: Kawasaki Z900RS 2018

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]