Inilah Masa Yang Paling Sesuai Untuk Membeli KTM RC 200!

KTM Malaysia sedang mengadakan kempen istimewa yang dipanggil aspiRC Trade Up. Anda hanya perlu membawa motosikal anda kepada pengedar KTM yang terdekat dan mereka akan menambah RM2,000 lebih daripada nilai pasaran motosikal anda.

Jadi sebagai contoh, jika nilai pasaran motosikal anda adalah RM5,000, KTM Malaysia akan memberi anda RM7,000 untuknya.

Ktm Rc200 Duke 200 2023 8

Dengan ini, anda tidak perlu risau tentang kesusutan nilai motosikal lama anda dan harus membayar bayaran muka yang lebih tinggi. KTM Malaysia akan memastikan anda mendapat nilai yang terbaik sepanjang urusan dengan mereka. Apa yang perlu anda lakukan sekarang ialah melawat pengedar KTM yang terdekat dan berbual dengan staf jualan di sana.

Motosikal yang menyeronokkan jarang membosankan , dan itulah hebatnya tentang KTM RC 200 kerana keseronokan itu akan sentiasa berpanjangan.

Ktm Rc200 Duke 200 2023 6

Ada yang mengatakan barang-barang baik akan tahan lama, maka berbaloi untuk berbelanja lebih untuk sesuatu barangan untuk jangka masa yang lama. Antara contoh yang terbaik ialah seperti barang-barang kulit, jam tangan, dan juga motosikal.

Persoalannya sekarang ialah mengapa anda mahu menghabiskan wang untuk sesuatu yang kemungkinan besar akan rosak lebih cepat daripada yang anda jangkakan?

Ktm Rc200 Duke 200 2023 1

Ambillah KTM RC 200 sebagai contoh, jentera yang telah wujud untuk sekian lama, dan ia telah pun diperbaiki dan ditingkatkan kualitinya, namun ia masih merupakan salah satu motosikal paling mengujakan dalam kelasnya.

Memang ada yang mengkritik reka bentuknya, tetapi tidak ada dalam kelasnya yang mempunyai nilai estetika, fungsi yang diinspirasi oleh perlumbaan. Reka bentuk RC 200 diilhamkan daripada motosikal perlumbaan MotoGP RC16 di mana bahagian depan memberikan fungsi aerodinamik positif yang menjadikan motosikal lebih efisien ketika di jalanraya.

Dan sama seperti motosikal perlumbaan, bahagian badan telah direka khas untuk dipasang semula dengan mudah. Ini sangat sejajar dengan slogan KTM – “Ready to Race.”

Posisi menunggang RC 200 juga sangat mantap. Cukup agresif untuk memotong tetapi cukup selesa untuk kegunaan harian. Untuk memastikan prestasi menunggang yang mantap, handle-nya boleh diubah suai. Berbanding dengan model-model sebelumnya, handle RC 200 kini terletak 15mm lebih tinggi daripada sebelumnya untuk postur yang lebih baik yang menjadikan motosikal lebih selesa untuk penunggangan jarak jauh, terutamanya untuk bahu dan pergelangan tangan anda. Tetapi anda juga boleh menurunkan handle sehingga 10mm apabila anda mahu menunggang di trek kegemaran anda.

Ktm Rc200 Duke 200 2023 17

KTM RC 200 juga sangat menarik bagi mereka yang suka motosikal yang mudah dikendalikan. Dengan suspensi WP yang adjustable, fork besar dan monoshock belakang boleh diubah laras mengikut kehendak anda, menjadikan motosikal ini sempurna untuk gaya penunggangan anda.

KTM telah mengubahsuai RC 200 pada tahun 2022, dan sebahagian daripada usaha tersebut tertumpu pada bahagian depan motosikal. Pengubahsuaian ini menghasilkan bahagian hadapan yang lebih ringan dengan sebahagian besar berat motosikal tertumpu di tengah motosikal.

Ktm Rc200 Duke 200 2023 6

Sebagai contoh, roda juga telah diringankan sebanyak 3.4kg dan ini menghasilkan rintangan berguling yang lebih rendah, memberikan pecutan yang lebih baik dan masuk selekoh yang lebih mudah. Kesemua kejuruteraan pintar ini menghasilkan pengurusan berat yang lebih baik yang pada akhirnya menyumbang kepada pengendalian yang lebih ringan dan lebih mudah.

Kelajuan maksimum adalah satu aspek yang sering dikritik. Dikatakan RC 200 hanya boleh mencecah tahap kelajuan 137km/jam, tetapi tahap kelajuan ini mencukupi untuk pemanduan di lebuhraya tanpa mengorbankan keselesaan dan keselamatan penunggang, yang merupakan aspek penting bagi KTM. Selain itu, motosikal ini juga mempunyai elemen perlumbaan dalam DNA-nya, dan semua tahu bahawa perlumbaan dimenangi di selekoh dan bukan dalam jalan yang lurus.

Ktm Rc200 Duke 200 2023 11

Tetapi yang paling penting, RC 200 adalah motor yang paling berkuasa dalam kategori 200cc. Sebahagiannya dicapai melalui penggunaan kotak udara yang bijak kerana ia 40% lebih besar berbanding pesaingnya. Ini adalah penting untuk penghasilan tenaga, kerana semakin banyak udara yang masuk, semakin baik enjin bernafas, dan anda mendapatkan kuasa yang lebih baik.

Walau bagaimanapun, RC 200 bukan hanya tentang prestasi semata-mata. Ia juga sesuai sebagai jentera kegunaan harian. Isipadu tangki minyak, sebagai contoh, telah ditingkatkan kepada 13.7 liter dari 9.5 liter sebelum ini. Ini memberikan pembatuan lebih jauh untuk mereka yang gemarkan penunggangan jarak jauh.

Ktm Rc200 Duke 200 2023 16

Tetapi pembelian RC200 adalah sebahagian daripada proses, kerana memiliki motosikal ini untuk jangka masa Panjang adalah satu perkara yang berbeza sepenuhnya. Dan di sinilah RC 200 sekali lagi merupakan satu pembelian yang bijak.

Kebanyakan motosikal dalam kelasnya mempunyai tempoh antara servis yang pendek, RC 200 mempunyai tempoh jarak sejauh 5000km. Sesuai bagi mereka yang ingin beralih kepada motosikal sukan daripada moped kerana ia akan memberikan tempoh antara servis yang lebih lama dan dengan itu menjadikan RC 200 satu penjimatan dalam jangka masa panjang.

Ktm Rc200 Duke 200 2023 15

Semua yang disebutkan di atas tidak bermakna jika RC 200 tidak memberikan keutamaan kepada keselamatan. Anda boleh memiliki motosikal yang laju dan berkuasa tinggi tetapi apa gunanya jika ia tidak boleh brek dengan cepat? Oleh itu, tugas brek disediakan oleh sepasang caliper empat piston dari ByBre.

Disediakan oleh pengeluar brek terkenal, Brembo (sebab itulah namanya, By-Brembo), caliper empat piston menggenggam cakera tunggal 320mm di bahagian depan manakala caliper satu piston menguruskan cakera 230mm di bahagian belakang.

Ktm Rc200 Duke 200 2023 14

Cakera besar sangat baik untuk mengurangkan haba, bermaksud anda boleh menunggang RC 200 tanpa perlu risau tentang keadaan brek. Dan jika anda jenis yang suka brek lewat dan kuat, ada berita gembira untuk anda bila mengetahui bahawa RC 200 dilengkapi dengan ABS dua saluran yang disediakan oleh Bosch.

Bukan sahaja itu, RC 200 juga mempunyai mod Supermoto yang membolehkan anda mematikan fungsi ABS dan meluncurkan atau slide roda belakang. Clutch slipper juga berfungsi untuk membantu anda menguruskan roda belakang.

Teknologi yang canggih ni selalunya susah nak didapat pada moto yang harganya mesra pocket, tetapi disebabkan kempen aspiRC yang sedia ada sekarang, masa inilah masa yang paling sesuai kalau anda berminat nak ambik moto KTM RC 200.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply