Malam Penghargaan Chia Motor PJ Kawasaki

Malam Penghargaan Chia Motor PJ Kawasaki diadakan bagi memberi penghormatan kepada mereka yang berjasa dalam membawa kejayaan buat pasukan berkenaan. Pasukan tersebut berjaya merangkul kejohanan Pirelli Malaysia Superbike Championship 2018 bersama penunggang mereka, Azlan Shah Kamaruzaman. Mereka turut memenangi kategori Kejohanan Pasukan.

MSC – Azlan Shah Dan Chia PJ Kawasaki Ditabalkan Juara Superbike!

Azlan Shah Kamaruzaman dan Chia PJ Kawasaki telah dinobatkan sebagai juara kategori Superbike bagi kejohanan Pirelli Malaysia Superbike Championship 2018 (MSC). Penunggang berusia 33 tahun itu berjaya memenangi tiga perlumbaan dan memperolehi satu tempat ketiga dalam dua pusingan terakhir pada hujung minggu ini. Azlan Shah berjaya mempamerkan aksi yang menakjubkan tersebut di atas jentera Kawasaki…

Pusingan 1 MSC 2018: Azlan Shah Berjaya Menduduki Petak Pertama

  Azlan Shah Kamaruzaman akan memulakan pusingan pertama bagi Malaysia Superbike Championship (MSC) 2018 yang akan berlangsung esok (Ahad, 13 Mei 2018) di Petak Pertama. Menunggang bagi pasukan Chia PJ Kawasaki Racing, Azlan menunjukkan prestasi hebat sepanjang sesi kelayakan. Penunggang berusia 33 tahun itu telah mencatatkan masa terpantas pada sesi kelayakan di atas jentera Kawasaki…

Azlan Shah Sertai Chia Motor PJ Untuk MSC 2018

Azlan Shah telah menandatangani perjanjian dengan Chia Motor PJ Kawasaki Racing Team untuk bersaing dalam kejohanan Malaysia Superbike Championship (MSC) tahun ini. Pelumba berusia 33 tahun dari Klang itu telah bersedia untuk menghadapi cabaran mengemudi jentera Kawasaki Ninja ZX-10R. MSC bakal menjadi pentas yang sesuai buat Azlan sebelum dia berpindah ke kelas 1,000cc yang pertama…

ARRC 2018: Azlan Shah Sasar Kedudukan Pendahulu Kejohanan Pada Pusingan 2

Azlan Shah Kamaruzaman merancang untuk merampas kedudukan pendahulu kejohanan pada hujung minggu ini sewaktu Pusingan 2 bagi siri perlumbaan ARRC 2018. Penunggang bagi pasukan Manual Tech KYT Kawasaki Racing itu mempunyai kelebihan yang besar kerana Anthony West terpaksa menarik diri bagi pusingan tersebut. Azlan pada waktu ini berada di tempat ke-dua di belakang Anthony West…

ARRC: Azlan Shah Terpantas Pada Hari Pertama Ujian di Buriram

Azlan Shah Kamaruzaman telah mencatatkan masa terpantas semalam sewaktu ujian pra musim FIM ARRC 2018 di Buriram. Azlan, bersama pasukan Manual Tech KYT Kawasaki Racing telah memacu jentera ZX-6Rnya mendahului penunggang dari Thailand, Decha Kraisart, dan seorang lagi penunggang negara, Zaqhwan Zaidi. Hari ke-2 ujian akan berlangsung pada hari ini di bagi mempersiapkan para penunggang…