MotoGP: Adakah Zarco Akan Berjaya Memenangi Perlumbaan Pertamanya Malam Ini?

Johann Zarco (Monster Yamaha Tech 3) telah menghadiahkan kepada penyokong tuan rumah dengan Petak Pertama untuk perlumbaan malam ini. Marc Marquez (Repsol Honda) tidak jauh ketinggalan dan akan bermula dari tempat ke-dua. Danilo Petrucci (Alma Pramac Racing) melengkapkan barisan hadapan bagi perlumbaan HJC Helmets Grand Prix de France yang akan berlangsung pada malam ini.

MotoGP: Yamaha Atau Suzuki, Yang Mana Satu Menjadi Pilihan Marc VDS?

Marc VDS kini sedang dalam proses memilih di antara Yamaha atau Suzuki sebagai pembekal utama jentera mereka bagi siri perlumbaan MotoGP musim 2019. Perpindahan ini telah bertitik tolak dari keputusan pasukan Tech 3 yang telah mengesahkan perpindahan mereka ke KTM pada musim hadapan. Kedua-dua pengilang Yamaha dan Suzuki sedang menimbangkan untuk mewujudkan pasukan satelit bagi…

Isle of Man TT 2018: Siapakah Yang Akan Mengemudi Jentera Honda RC213V-S?

Pasukan Padgett Honda kini dalam usaha mencari pelumba bagi mengemudi jentera Honda RC213V-S mereka untuk Isle of Man TT tahun ini. Penunggang semasa mereka, Bruce Anstey, terpaksa menarik diri dari ke semua perlumbaan jalan raya pada tahun ini akibat kanser. Pasukan itu telah menyatakan bahawa jentera Honda RC213V-S akan tetap membuat kemunculan pada perlumbaan TT…

MotoGP: Marc Marquez Akan Bersama Repsol Honda Hingga 2020!

Marc Marquez telah menandatangani perjanjian baru dengan Repsol Honda yang akan menyaksikannya berlumba bagi pasukan tersebut sehingga hujung musim 2020. Juara dunia MotoGP empat kali itu telah bersama dengan pasukan Repsol Honda sejak tahun 2013 dan hanya gagal memenangi satu kejohanan pada tahun 2015. Pembaharuan kontrak ini telah melenyapkan segala gosip mengenai perpindahan Marquez ke…

Tunggang Uji Honda RC213V-S

Artikel Oleh: Wahid Ooi Abdullah Kami telah diberikan peluang bagi menunggang motosikal replika RC213V-S MotoGP. Ianya adalah sebahagian daripada ‘Year End Gathering’ Boon Siew Honda bersama dengan warga media. Motosikal RC213V-S ini lain daripada motosikal yang lain yang ada di dunia ini.