JuniorGP: Duduk Tempat Kedua Kejuaraan, Zulfahmi Puas Hati Pencapaian Damok

Pengurus pasukan SIC Racing Team, Zulfahmi Khairuddin berpuas hati dengan pencapaian Syarifuddin Azman pada Pusingan 5 Kejuaraan JuniorGP Dunia di Litar Algarve, Portugal minggu lalu. Beliau berharap tempoh rehat sehingga September dapat memberi ruang buat Syarifuddin atau lebih dikenali sebagai Damok memperkemaskan tunggangannya bagi mengharungi pusingan seterusnya di Litar Misano. “Secara keseluruhan, saya sangat gembira…

Zulfahmi Tak Gemar Pelumba Ikut Trend Berlatih Dengan Basikal, Motocross

Pengurus Pasukan ZK Racing, Zulfahmi Khairuddin, lebih gemar jika setiap pelumba menggunakan masa latihan dengan motosikal berbanding aktiviti lain. Dia berkongsi pendapatnya ketika sesi Facebook Live di akaun Facebook miliknya. Bagi Zulfahmi, sebagai pelumba motosikal, sesi latihan seharusnya kekal dengan bermotosikal tapi sebaliknya ramai yang gemar berlatih mengikut trend antaranya berbasikal. “Latihan perlu berjalan mengikut…

KBS Dengar Luahan Zulfahmi Khairuddin, Minta MSN Cari Lokasi Kuarantin Sekitar SIC

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah meminta Majlis Sukan Negara (MSN) untuk mencari lokasi kuarantin berhampiran dengan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) untuk atlet sukan permotoran negara yang akan pulang ke tanah air. Baru-baru ini, Pengurus Pasukan SIC Talent ZK Racing, Zulfahmi Khairuddin, meluahkan rasa kecewa apabila atlet sukan permotoran terpaksa menjalani kuarantin wajib 14 hari…

Penunggang Moto2 BARU Pasukan SIC Racing Team, Niki Tuuli!

Pasukan SIC Racing Team telah menemui penunggang tetap mereka yang baru dan ianya adalah Niki Tuuli, penunggang bagi siri perlumbaan WorldSSP dari Finland. Penunggang berusia 22 tahun itu telah memulakan kerjaya penunggangan WorldSSP-nya pada lewat tahun 2016 namun telah menunjukkan prestasi yang telah mengagumkan ramai orang. Ketua Pegawai Eksekutif Litar Sepang, Dato’ Razlan Razali yakin…

Zulfahmi Khairuddin Bersara Dari Moto2?

Ada berita telah melaporkan yang Zulfahmi Khairuddin telah memutuskan untuk bersara dari Moto2 dengan SERTA-MERTA. Baru sahaja menamatkan empat pusingan, penunggang rookie Moto2 itu mengumumkan persaraannya setelah menghadapi kesukaran untuk mempamerkan aksi dan keputusan yang memuaskan. Tiada lagi berita sama ada pasukannya akan meneruskan persaingan dengan penunggang gantian.

Moto2: Zulfahmi Khairuddin Bersedia Untuk Musim 2018 Dengan Jentera Dan Kemasan Grafik Baru!

Zulfahmi Khairuddin telah memperkenalkan motosikal perlumbaan Moto2 Kalex terbarunya semalam di Litar Antarabangsa Sepang. Baru sahaja dipanggil bagi menunggang untuk pasukan SIC Racing Team, penunggang berusia 26 tahun itu tidak sabar untuk kembali berlumba dalam kategori kelas pertengahan paling berdaya saing di dalam dunia. SIC Racing Team telah bekerjasama dengan KBS Malaysia bagi menaja usaha…

Kawasaki Motors Malaysia Membekalkan Motosikal Perlumbaan Bagi Program SIC “Impian ke MotoGP”

  Kawasaki Motors Malaysia (KMSB) telah membekalkan motosikal perlumbaan yang diperlukan untuk para penunggang muda yang dipilih untuk menyertai program SIC “Impian ke MotoGP”. Beberapa buah unit motosikal jalan raya Kawasaki Ninja 250 SL yang telah ditala untuk perlumbaan yang akan digunakan oleh penunggang-penunggang tersebut untuk berlatih di bawah kelolaan Zulfahmi Khairuddin. Kawasaki Malaysia dikenali…

Lima Penunggang Muda Terpilih Untuk Program SIC “Impian ke MotoGP”

Lima penunggang muda telah terpilih untuk program “Impian ke MotoGP”, sebuah program yang dianjurkan oleh Litar Antarabangsa Sepang (SIC). Penunggang yang berusia dari 13 hingga 15 tahun tersebut akan menjalani regimen latihan intensif yang diketuai oleh pelumba negara, Zulfahmi Khairuddin. Dua penunggang terbaik akan diberikan peluang untuk bertanding di dalam siri perlumbaan FIM CEV Repsol…