Nak Tampak Gah Di Litar? Moto2 Hafizh Syahrin Untuk Dijual – RM120,000

Jentera yang pernah ditunggangi pelumba negara, Hafizh Syahrin ketika di Moto2 kini dijual pada harga RM120,000. Ini bukan model replika tetapi jentera 600cc yang diguna pakai Hafizh sendiri ketika bersama Petronas Raceline Malaysia. Kombinasi kerangka Kalex dan enjin Honda CBR600RR ini merupakan antara faktor yang mencipta nama Hafizh di pentas dunia. Menurut perkongsian di Facebook,…

Kalendar ARRC Musim 2019 Diumumkan – Pusingan baharu Di Korea Selatan!

Kalendar rasmi ARRC 2019 telah pun diumumkan di mana sejumlah tujuh buah pusingan akan berlangsung pada musim hadapan. Buat pertama kalinya, Kejohanan FIM Asia Road Racing Championship akan menampilkan kelas premier 1,000cc yang baharu, iaitu ASB1000 (Asia Superbike). Pusingan pertama akan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bermula dari 8 hingga 10 Mac 2019.

Penunggang Moto2 BARU Pasukan SIC Racing Team, Niki Tuuli!

Pasukan SIC Racing Team telah menemui penunggang tetap mereka yang baru dan ianya adalah Niki Tuuli, penunggang bagi siri perlumbaan WorldSSP dari Finland. Penunggang berusia 22 tahun itu telah memulakan kerjaya penunggangan WorldSSP-nya pada lewat tahun 2016 namun telah menunjukkan prestasi yang telah mengagumkan ramai orang. Ketua Pegawai Eksekutif Litar Sepang, Dato’ Razlan Razali yakin…

ARRC 2018: Azlan Shah Sasar Kedudukan Pendahulu Kejohanan Pada Pusingan 2

Azlan Shah Kamaruzaman merancang untuk merampas kedudukan pendahulu kejohanan pada hujung minggu ini sewaktu Pusingan 2 bagi siri perlumbaan ARRC 2018. Penunggang bagi pasukan Manual Tech KYT Kawasaki Racing itu mempunyai kelebihan yang besar kerana Anthony West terpaksa menarik diri bagi pusingan tersebut. Azlan pada waktu ini berada di tempat ke-dua di belakang Anthony West…

Yamaha Pratontonkan Motosikal Yamaha YZF-R6 2017 Semasa MotoGP Sepang

Pusingan MotoGP Malaysia 2017 baru-baru ini telah menyaksikan Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) membuat sebuah pratonton motosikal Yamaha YZF-R6. Terletak di dalam astaka gergasi di kawasan Mall Area dalam Litar Antarabangsa Sepang, motosikal R6 yang terbaru itu telah diletakkan bersebelahan dengan motosikal Yamaha YZF-R1S. Motosikal Yamaha SCR950, XSR700, MT-03, dan MT-07 Tracer 2017 juga turut…

Panduan Motosikal Besar Honda Untuk Penunggang Baru!

  Pada hari ini, kami akan bawakan satu panduan motosikal besar Honda yang berada di Malaysia istimew buat para penunggang baru. Kebanyakan orang Malaysia sudah pasti tahu mengenai Boon Siew Honda (BSH), satu nama yang terkenal dengan motosikal dan skuter berkapasiti kecil. BSH juga ada menawarkan rangkaian motosikal berkapasiti besar. Bermula dengan superbike Honda CBR1000RR…