SIC Kembali Beroperasi, Tak Lebih 10 Individu Dibenarkan Setiap Sesi

Selepas dua bulan ditutup susulan pandemik Covid-19, Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kini kembali beroperasi. Bagi menjamin kesejahteraan kakitangan , pelumba, pasukan dan pengunjung, keseluruhan fasiliti telah pun disanitasi mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN). Sementara itu, SIC telah menetapkan beberapa langkah yang perlu diambil semua pihak…

CEO Baharu SIC Terbuka Dengan Cadangan Kembalikan Formula 1

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Azhan Shafriman Hanif terbuka dengan cadangan menganjurkan semula Formula 1 (F1). Bagaimanapun, dia mengakui pelbagai faktor perlu diambil kira sebelum idea itu mampu dilaksana. “Menganjurkan semula F1 bukan keutamaan saya ketiaka ini tetapi jika peluang itu hadir dengan tawaran yang baik saya akan memberi sokongan kerana…

Razlan Razali Mahu Fokus Sepenuhnya Terhadap MotoGP

Selepas melepaskan jawatan selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Dato Razlan Razali kini akan memberikan fokus sepenuhnya terhadap MotoGP. Cabaran getir bagi dirinya selaku pengendali pasukan PETRONAS Yamaha SRT musim ini adalah memikul pasukan mengharungi pandemik Covid-19 yang ketika ini turut memberi kesan terhadap MotoGP musim ini. “Dengan mengambil peranan selaku Team…

SIC Umum CEO Baharu, Netizen Gesa Formula 1 Dikembalikan

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) mengumumkan Azhan Shafriman Hanif sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu menggantikan Dato Razlan Razali. Razlan meninggalkan jawatan dipegangnya lebih 11 tahun itu bagi memberi perhatian penuh terhadap pasukan Petronas Sepang Racing Team (SRT). Bagaimanapun, sebaik SIC mengumumkan pelantikan tersebut, laman Facebook rasmi mereka dihujani komen netizen yang menggesa CEO baharu itu…

Razlan Razali Ucap Selamat Tinggal, Azhan CEO Baharu SIC

Azhan Shafriman Hanif kini bertindak selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Litar Antarabangsa Sepang (SIC) menggantikan Dato Razlan Razali. Razlan membuat keputusan untuk memberikan fokus sepenuhnya terhadap Petronas Sepang Racing Team di MotoGP selepas lebih 11 tahun berkhidmat selaku CEO SIC. Dalam tempoh tersebut, Razlan berjaya mengangkat nama Malaysia ke persada sukan permotoran dunia menerusi…

 Covid-19: Tiket MotoGP Malaysia 2020 Tak Terjual

  Susulan pandemik Covid-19 yang melanda dunia ketika ini, penjualan tiket bagi GP Malaysia turut terjejas. Perkara ini disahkan sendiri Dato Razlan Razali ketika sesi temu bual secara strim langsung bersama media hari ini. “Berdasarkan keadaan semasa jualan tiket terjejas, saya dimaklumkan tiada penjualan tiket langsung selepas pandemik Covid-19 berlaku,” jelasnya. Ini kerana pandemik ini…

SIC Tiada Perancangan Anjurkan Dua Kali MotoGP

Kenyataan itu disahkan sendiri Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Dato Razlan Razali, susulan pembatalan beberapa venue awal MotoGP musim ini ekoran wabak Covid-19. Aksi pembukaan kelas premier MotoGP di Qatar dibatalkan sebelum Thailand, Amerika Syarikat dan terbaru, GP Argentina turut mengikut langkah sama. Baru-baru ini Razlan mengemukakan persoalan adakah wajar untuk Litar Antarabangsa…

MotoGP: GP Amerika Dibatalkan, Argentina Jadi Aksi Pembuka Tirai?

Susulan penularan wabak Covid-19, FIM membuat satu lagi pindaan terhadap kalendar MotoGP 2020 dengan membatalkan GP Amerika. Senario itu sekaligus bakal menyaksikan MotoGP musim 2020 bakal bermula di Argentina. Sebelum ini GP Amerika dicanang sebagai pembuka tirai MotoGP 2020 tatkala aksi pertama di Litar Losail, Qatar dibatalkan sebelum Thailand membuat keputusan sama susulan kebimbangan Covid-19….

Netizen Mahu Litar Sepang Anjur Dua Kali MotoGP Tahun Ini?

Rata-rata netizen bersetuju agar Litar Antarabangsa Sepang menganjurkan dua kali MotoGP musim ini. Cadangan itu dikemukakan Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC),Dato Razlan Razali menerusi undian yang dijalankan menerusi akaun laman sosial Facebook miliknya. Setakat ini, lebih 768 undian telah pun diterima dengan 95 peratus bersetuju agar Sepang menganjurkan MotoGP dua kali musim ini….