ATC: Negaraku Berkumandang Di Litar Mandalika, Hakim Danish Juara Perlumbaan 1

Advertisements

Pelumba muda negara, Hakim Danish berjaya menjulang nama Malaysia di Litar Mandalika, Indonesia hari ini selepas memenangni Perlumbaan 1 pusingan kedua Idemitsu Asian Talent Cup (IATC) 2022, hari ini.

Pelumba berusia 14 tahun itu melintasi garisan penamat dengan jurang masa lebih 10 saat berbanding pelumba tempat kedua.

Ternyata saat itu membanggakan bagi Danish yang sebelum ini turut meluahkan misi untuk mencabar kejuaraan ATC musim ini.

Bermula di petak kedua ternyata cukup penting bagi Danish yang terus merampas kedudukan pertama di awal perlumbaan dan terus mengekalkan kedudukan sehingga ke lap terakhir.

Danish akan turun untuk Perlumbaan 2 esok.

Advertisements