Fasiliti Litar Antarabangsa Sepang Rosak Akibat Ribut

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) telah terjejas teruk akibat daripada cuaca ribut yang melanda baru-baru ini. 

SIC dalam satu kenyataan mendedahkan bahawa beberapa fasiliti dan kawasan sekitar telah rosak akibat daripada hujan lebat dan ribut yang berlaku pada Sabtu. 

Bagaimanapun, SIC mengesahkan tiada sebarang kecederaan atau kemalangan yang menimpa petugas yang berada di kawasan sekitar termasuk pihak sekuriti yang sedang berkhidmat ketika kejadian. 

Dalam pada itu, SIC mendedahkan antara kerosakkan yang dikenal pasti melibatkan kanvas bumbung, papan tanda dan pokok di kawasan sekitar.  Ketika ini SIC masih lagi sedang menilai jumlah kerosakkan. 

SIC ketika ini sedang menjalani proses turapan semula beberapa bahagian litar dalam usaha memperbaharui lesen FIM sempena penganjuran MotoGP. 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply