SIC Adakan Mesyuarat Tergempar, F1 Akan Kembali Di Malaysia?

 Baru-baru ini, Litar Antarabangsa Sepang (SIC) telah menjadi topik hangat di laman sosial Twitter, dengan SIC hangat dikaitkan dengan penganjuran Formula 1.

Ini kerana salah satu ‘venue’ sukan itu yang dijadualkan berlangsung di Sochi, Russia telah dibatalkan penganjuran susulan kemelut Russia-Ukraine yang sedang melanda ketika ini.

Punca utama Litar Antarabangsa Sepang dipetik adalah berkait dengan kalendar F1 musim ini.

Selepas selesai pusingan 16 di Itali, F1 akan bertandang ke Singapura pada 30 September hingga 2 Oktober sebelum bersambung di Jepun pada 7-9 Oktober dan seterusnya ke Sochi pada 23-25 September.

Namun dengan pembatalan penganjuran F1 di negara itu, rata-rata pengguna media sosial mengaitkan SIC sebagai pengganti paling sesuai bagi mengisi kalendar 2022.

Lebih menarik, media sukan permotoran tempatan, Tarmac Sports, mendakwa pihak SIC juga telah mengadakan mesyuarat tergempar mengenai kebarangkalian kembali menjadi tuan rumah F1 selepas kali terakhir pada 2017.

Perkongsian terbaru akaun Twitter rasmi SIC juga seakan memberi bayangan sukan itu akan kembali.

Malaysia menjadi tuan rumah F1 bermula 1999 sebelum kali terakhir melakukannya pada 2017. Keputusan untuk tidak lagi meneruskan penganjuran berkait dengan perbelanjaan tinggi yang terlibat. – Tarmac Sports Malaysia

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply