Teaser Terbaru HLYM Merujuk Pada 135LC EFI Baharu, Lancar 8 Mac Ini?

Advertisements

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) telah berkongsi teaser yang merujuk kepada sebuah model kapcai baharu dengan slogan ‘Evolusi Penakluk’.

Meskipun video berdurasi 15 saat itu tidak mendedahkan model baharu itu dengan jelas namun mengambil kira beberapa ‘spy shot’ yang berlegar di media sosial sebelum ini, kemungkinan model tersebut merujuk pada 135LC dengan enjin yang telah dipertingkat.

Video tersebut juga memaparkan tarikh 8-3-2022 sekaligus membayangkan tarikh pelancaran yang dijadualkan berlangsung Selasa depan.

Naik tarikh ke sistem EFI merupakan perkembangan yang dinantikan peminat motosikal satu silinder 134cc itu yang selama ini mengguna pakai karburetor yang dianggap sebagai sistem lama.

Bagaimanapun, menarik untuk menyaksikan sama ada akan berlakunya peningkatan harga dari RM6,868 sebelum ini ekoran pelaksanaan naik taraf enjin terbaru dengan sistem EFI.

Advertisements