Tunggang Uji Honda RC213V-S

Artikel Oleh: Wahid Ooi Abdullah

  • Kami telah diberikan peluang bagi menunggang motosikal replika RC213V-S MotoGP.
  • Ianya adalah sebahagian daripada ‘Year End Gathering’ Boon Siew Honda bersama dengan warga media.
  • Motosikal RC213V-S ini lain daripada motosikal yang lain yang ada di dunia ini.

Apabila bercerita mengenai perlumbaan motosikal penulis masih lagi terkenangkan akan apa yang dianggap ramai sebagai “Zaman Kegemilangan GP Motosikal”. Ianya suatu zaman yang amat mengujakan, menyaksikan penunggang mengemudi serta ‘menjinakkan’ jentera dua-lejang 500cc mereka yang cukup terkenal dengan ‘kebuasannya’ itu.

Jentera empat-lejang MotoGP pada zaman ini tampak lebih jinak berbanding ‘si buas’ pada zaman itu, namun, beranikah kita, orang-orang kebiasaan, mengatakan yang ianya mudah untuk dikemudi? Jadi, apabila Sep memaklumkan yang kami telah dipelawa untuk menunggang jentera yang bernilai hampir satu juta Ringgit Malaysia (€188,000), RC213V-S di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), segala perasaan bercampur baur, dari teruja ke gentar ke seronok dangusar telah menusuk jiwa penulis.

Honda telah memperkenalkan jentera RC213V-S sewaktu EICMA 2015. Dianggap sebagai motosikal replika paling mirip dengan jentera yang ditunggangi penunggang pengilang seperti Marc Marquez dan Dani Pedrosa, ianya merupakan sebuah motosikal MotoGP untuk orang ramai.

Setiap satu jentera RC213V-S ini telah ditukang tangan di sebuah bengkel istimewa di kilang Kumamoto, dengan sebahagian daripada kelengkapannya diambil terus daripada teknologi jentera MotoGP seperti lengan ayun, klac ‘slipper’, roda aloi magnesium 17 inci Marchesini. fork Ohlins, tempat letak kaki dan pedal boleh laras, dan sebahagian daripada brek Brembonya. Bahagian-bahagian lain yang juga merupakan teknologi dari MotoGP adalah seperti tangki bahanapi bawah pelana (separa) serta panel badan plastik diperkuat dengan karbon fiber yang dikemaskan dengan nat titanium.

Selain itu, jentera RC213V-S ini juga dilengkapi dengan pendikit ‘Ride-by-Wire’, mod kuasa, kawalan cengkaman, kawalan brek-enjin, dan pengesan posisi. Enjinnya menggunakan tatarajah yang sama seperti jentera MotoGPnya, sebuah enjin 990cc V-4 dengan conrod Titanium, satu-satunya perbezaannya adalah transmisi lancar (satu ciri yang utama pada jentera MotoGP) yang dipelopori oleh Honda, dan penggunaan pegas injap konvensional yang menggantikan injap pneumatik.

Satu lagi perbezaannya adalah cakera breknya. Bagi motosikal jalan raya, ianya diperbuat daripada keluli dan bukannya cakera karbon.

Ingin kami nyatakan di sini yang 80 peratus daripada bahagian-bahagian yang ada di atas RC213V-S boleh digantikan dengan bahagian jentera perlumbaan sepenuhnya. Seadanya, motosikal RC213V-S ini dapat mencapai 12,000rpm (model US mampu mencapai 9,400rpm, dihadkan oleh tahap pengeluaran bunyi yang telah ditetapkan). Pemilik boleh membelanjakan lagi €12,000 untuk kit perlumbaan yang akan meningkatkannya menjadi 14,000rpm.

Dari segi rupa parasnya, selain dari skema warnanya yang bukan warna jingga Repsol itu, motosikal ini tampak saling tidak tumpah seperti motosikal-motosikal yang ditunggangi Marc dan Dani dalam usaha mereka menakluki pertandingan. Lampu hadapannya dipasang pada liang masukan di muncung reraup hadapan, namun, selain itu, motosikal ini amat mirip sekali dengan jentera MotoGP Honda, seperti ekzos dan bahagian belakangnya.

Sepasang silinder hadapan menyalurkan gas ekzos melalui sebuah paip pada bahagian bawah di sebelah kanan, manakala pasangan silinder belakangnya pula disalurkan keluar melalui sebuah paip di bawah pelana.

Di bahagian hadapannya, paparan kawalan pada palang pemegangnya dikekalkan ringkas, tanpa sebarang butang yang berwarna-warni dengan hanya sebuah skrin LCD kecil sahaja di atasnya. Palang pemegangnya dipautkan kepada fork dengan sebuah apit yang besar di bawah apit atas bertiga yang halus kemasannya yang mana ianya dicopkan dengan nombor produksi motosikal berkenaan. Cermin pandang belakang dipat pada hujung palang pemegang itu.

Pada ketika itulah saya sedari stiker amaran yang ada pada tangkinya itu. Pada hujungnya terdapat sebuah simbol yang tertera “RON 98”. Ini bermakna yang pemilik di Malaysia hanya boleh mengisinya dengan RON 100 di Petron atau V-Power Racing di Shell. Untuk lebih selamat, pastikan anda sentiasa ada beberapa buah botol X-1R Octane Booster.

Cukup sudah bicara mengenai spesifikasinya, bagaimana pula dengan penunggangannya?

Ianya ketara lebih kecil di depan mata berbanding di dalam sebarang gambarnya. Apabila penulis duduk diatasnya, ianya terasa bagai sedang duduki di atas CBR250, tetapi sewaktu penulis memegang palangnya dan berdiri tegak, penulis dapati boleh melihat jauh nun di atas skrinnya itu. Segalanya telah dirapatkan dekat kepada penunggang untuk pemusatan jisim. Tetapi yang peliknya, ianya tidaklah tidak selesa. Motosikal perlumbaan sebelum ini berasa agak tidak selesa, namun, motosikal RC213V-S ini terasa seperti mana-mana motosikal lumba jalan raya. Malah, ianya terasa seperti sebuah CBR1000RR Fireblade dengan tempat letak kaki perlumbaan.

Sewaktu kami sedang sibuk menjamu mata dengan versi jalan rayanya, kru Boon Siew Honda telah sibuk menghidupkan jentera spesifikasi perlumbaan RC213V. BSH telah menjemput Khairul Idham Pawi dan Zaqhwan Zaidi sebagai penunggang jemputan dan mereka telah diberikan peluang untuk menunggang jentera perlumbaan berkenaan.

Semua yang ada terus menghentikan apa sedang mereka lakukan dan meluru ke paddock untuk menyaksikannya. Khairul menuruni jentera itu dan kru BSH mula memulaskan pendikit bagi memanaskan enjinnya. Kami pernah dengan akan bunyi motosikal MotoGP ini dari Grandstand ataupun ketika ianya mengelilingi litar, tetapi, ini adalah kali pertama kami mendengarnya sedekat ini. Setiap ngauman dan deraman dari ekzosnya beserta dengan bunyi-bunyi mekanikal tidak dapat digambarkan dengan tepat menggunakan kata-kata, namun ianya pasti terngiang-ngiang di telinga semua yang telah mendengarnya (Saksikannya pada video di bawah).

Sudah tiba masanya untuk memasuki litar, dengan Zaqhwan mengetuai kumpulan penulis.

Jentera Honda RC213V-S ini menggunakan suis proksimiti jadi kunci fob-nya perlu dibawa dalam sut penunggangan penulis. Tekan butang pemulanya buat kali pertama dan skrin LCDnya akan dihidupkan. Tekan buat kali kedua dan ianya akan dihidupkan. Walaupun saya tidak menjangkakan yang ianya akan mengaum seperti RC213V, penulis tidak pula menjangkakan yang ianya akan dihidupkan dengan nota bunyi yang agak manja, bak sebuah CB650F yang amat lembut sekali.

Dengan keseluruhan nama-nama penting dan kru BSH yang berada di sana, dan dengan penulis mengingatkan diri untuk tidak terlalu teruja sehingga terbabas akibat wheelie, penulis melepaskan tuil klac tersangatlah berhati-hati sehinggakan penulis hampir menyebabkan motosikal itu mati. Rupa-rupanya, ianya tidak perlu diperlakukan sebegitu kerana motosikal itu cukup lancar memecut.

Sewaktu pusingan pemanas, jentera RC213V-S itu cukup mudah untuk dikendali, walaupun kami hanya di atas litar bagi memanaskan tayar dan menyerasikan diri dengan motosikal ini.

Kami telah melakukan ‘mock start‘ di atas grid. Zaqhwan memecut laju sebaik mula meninggalkan kami jauh di belakang, dengan bunyi ekzosnya bergema lantang dalam helmet kami.

Motosikal RC213V-S mengambil masanya untuk meninggalkan garisan, namun sebaik sahaja melepasi garisan mulanya itu, ianya terasa bagai disekat oleh sebuah dinding! Wartawan lain yang pernah menunggangi motosikal ini sewaktu acara Honda Asian Journey Ride tidak beberapa lama dahulu ada ,mengingatkan kami mengenai tahap ‘rev’-nya yang telah dihadkan. Motosikal yang penulis tunggangi telah dihadkan kepada 7,000RPM, manakala ada beberapa buah yang lain yang dihadkan pada 9,000RPM.

Namun ianya tidak menjadi masalah, sebab, walaupun ia kelihatan agak lembab, kuasa pecutannya sebenarnya amat mengagumkan! Dan dengan tahap ‘rev’ yang telah dihadkan, penulis dengan mudah dapat ke gear yang terpantas tanpa sebarang masalah.

Memecut selepas keluar dari Selekoh 2, cukup mudah rasanya untuk ke gear ketiga, empat, dan lima sebelum sampai ke Selekoh 3. Motosikal ini condong ke sisinya dengan mudah sekali walaupun ketika saya sedang mengerjakan gearnya. Quickshifternya teramatlah lancar sekali sehinggakan penulis tidak perlu memikirkannya langsung. Barangkali itulah kelebihan transmisi gear lancar jentera ini.

Membrek pada Selekoh 4 dengan menggunakan dua jari telah menyebabkan brek hadapannya merencatkannya halajunya dengan terlalu pantas, menyebabkan motosikal itu memasuki selekoh berkenaan bak sebuah motosikal motocross.

Menyusup menerusi Selekoh 5 pada gear ke-lima, penulis terus mengenggam pendikit terlupa akan pengehad ‘rev’-nya. Ianya dihidupkan sebaik sahaja motosikal ini mendekati apeks selekoh. Pada mana-mana motosikal lain, ini adalah satu berita yang buruk kerana ia akan menyebabkan pemindahan berat yang mengejut dan penukaran cengkaman, yang selalunya akan menyebabkan motosikal itu bergoyang-goyang, atau lebih teruk lagi, menjadi tegak kembali. Ianya tidak berlaku pada motosikal RC213V-S ini, penulis terus sahaja kekal pada garisan perlumbaannya dan tiada apa-apa yang buruk telah terjadi.

Kini, setelah ‘diingatkan semula’ mengenai pengehad ‘rev’ itu, penulis lebih berhati-hati memasuki selekoh dan hanya memecut pada jalan lurus utama.

Oleh kerana kami hanya menggunakan bahagian ‘North Track’, penulis terus memulas pendikit motosikal berkenaan sebaik sahaja melepasi selekoh tambahan selepas Selekoh 6 menuju ke jalan lurus utama. Motosikal itu dengan pantas mendaki gearnya dan penulis telah pun berada di tahap pengehadnya pada pertengahan jalan lurus berkenaan, dengan kelajuan 180km/j.

RC213V-S ini mungkin terasa perlahan, namun enjinnya cukup berkuasa sekali dan memecut dengan pantas. Berbanding dengan CBR650F yang telah disebut sebelum ini, ianya mencecah kelajuan 179km/j pada gear keenam dalam jarak 300m dari Selekoh 1.

Penulis rasa yang Honda perlu meninggikan lagi tahap had ‘rev’ motosikal ini, mungkin sehingga 10,000 RPM.

Penulis memasuki semula pit selepas empat pusingan. Penulis cukup berterima kasih diberikan peluang untuk menunggang motosikal ini, namun, pada masa yang sama, berasa tidak puas kerana tidak dapat menunggangnya dengan lebih laju kerana khuatir akan pengehad ‘rev’-nya.

Kesimulannya: Motosikal Honda RC213V-S ini adalah sebuah motosikal superlatif yang lain daripada yang lain. Tidak pernah penulis mengalami sebuah motosikal yang terasa amat selamat walaupun pada kelajuan yang tinggi.

Sesi tunggang uji itu adalah satu acara istimewa yang merupakan sebahagian daripada sebuah majlis perjumpaan Boon Siew Honda bersama warga media, setelah baru sahaja menyambut ulang tahun ke-60 mereka di Malaysia.

Sewaktu sesi ucapan pengenalan, BSH telah mengumumkan bahawa jualannya telah meningkat sebanyak 18% dari tahun yang sebelumnya, iaitu sebanyak 122,150 buah motosikal (setakat tarikh acara berkenaan). Namun, bagi tahun 2018, BSH berharap dapat merampas kembali posisi Nombor Satu di dalam pasaran.

Dato’ Sri Datuk Wira Tan Hui Jing, Timbalan Pengerusi dan juga Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda telah berkata, ” Kami telah mensasarkan untuk memperkenalkan 10 buah model yang baru dan akan pasti mengejutkan semua orang dengan rangkaian produk kami.”

Seperti yang telah dikatakan sebelum ini, Zaqhwan Zaidi dan Khairul Idham Pawi juga turut hadir pada acara ini selepas kempen perlumbaan mereka dalam Asia Road Racing Championship (ARRC) dan Moto2. Encik Nobuhide Nagata, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BSH telah mengumumkan yang Zaqhwan akan berpindah ke siri perlumbaan All Japan Road Race Championship (JSB1000) bermula tahun hadapan.

Turut diumumkan adalah pelan BSH untuk membina sebuah pusat perkhidmatan dan jualan satu henti eksklusif, Honda Big Wing, pada tahun 2018, bermula di Lembah Klang, diikuti oleh Pulau Pinang, Selangor, dan Johor.

GALERI GAMBAR