Keselamatan Pembonceng: Pakailah Kelengkapan Keselamatan

Sumber imej: cravelonline.com

 

  • Kajian telah mengesahkan yang pembonceng lebih cenderung untuk cedera apabila berlakunya kemalangan berbanding dengan penunggang.
  • Ianya menjadi satu kewajipan bagi penunggang untuk memastikan yang pembonceng lengkap dengan pakaian keselamatan.
  • Helmet yang bagus adalah satu kelengkapan yang wajib ada.

Masih ingatkah anda mengenai sebuah video yang telah tular sebelum ini? Kebanyakan penunggang sudah sedia maklum yang sekiranya berlaku sesuatu kemalangan, ianya adalah pembonceng yang sentiasa akan lebih teruk tercedera.

Namun malangnya, Kita masih lagi melihat yang ramai penunggang gagal melengkapkan pembonceng mereka dengan sepatutnya sewaktu menunggang. Penunggang mungkin sekali lengkap dengan jaket dan seluar yang mempunyai pad, helmet yang elok, sarung tangan dan but menunggang, tetapi pemboncengnya pula tampak seperti baru balik dari pasar borong, dengan helmet yang agak usang dan uzur ditelan zaman.

Kajian ini mungkin akan menukar pandangan anda.

Diterbitkan dalam makalah Reuters Health, ianya telah disahkan oleh para pengkaji yang pembonceng lebih cenderung untuk mengalami kecederaan trauma berbanding dengan penunggang.

Walaupun dengan memakai helmet, 36 peratus daripada jumlah keseluruhan pembonceng mengalami kecederaan otak yang traumatik, berbanding dengan 31 peratus dari kalangan penunggang.

Doktor Tyler Evans dari Indiana University School of Medicine berkata, “Kami percaya yang dalam kemalangan, pembonceng lebih berkemungkinan untuk terpelanting dari motosikal.”

“Senario ini adalah kemungkinan mengapa pembonceng menghadapi risiko kecederaan otak yang lebih tinggi,” ujarnya lagi.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai laporan tersebut anda boleh membacanya DI SINI.

Di mana para penunggang mempunyai risiko yang lebih kecil berbanding pembonceng kerana mereka boleh memegang palang pemegang dan mendakap tangki bahanapi, dan dilindungi oleh penghadang angin dalam sesetengah kes, pembonceng-pembonceng tidak mempunyai banyak tempat yang boleh mereka pegang. Dan kebanyakan masanya juga, mereka tidak dapat bersedia untuk impak kemalangan kerana mereka tidak sedar akan kemalangan yang akan berlaku, tidak seperti penunggang yang mempunyai kelebihan mengetahui dan bersedia untuknya.

Sumber imej: freemalaysiatoday.com

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Di Malaysia telah berlakunya 39,744 kematian akibat daripada kemalangan motosikal di antara tahun 2005 hingga 2014.

Pengetahuan yang telah diperolehi dari kajian ini yang penunggang perlulah sentiasa melengkapkan pembonceng dengan kelengkapan menunggang dan helmet yang terbaik. Jika difikirkan betul-betul, pembonceng perlu lebih lengkap dengan kelengkapan keselamatan berbanding penunggang!

Sumber imej: says.com

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.