Tips Untuk Elakkan Peragut

Seorang wanita yang telah diseret oleh peragut – Sumber imej: worldofbuzz
  • Peragut bermotosikal adalah satu masalah yang besar dalam negara.
  • Di mana masalah ini sukar untuk dihapuskan sepenuhnya, ada cara untuk melindungi diri anda daripada menjadi mangsa ragut.
  • Cara terbaik adalah untuk mengurangkan peluang bagi mereka untuk bertindak.

Peragut bermotosikal adalah satu ancaman pada masyarakat dan kejadian ini masih lagi berlaku dalam jumlah yang tinggi terutamanya di Lembah Klang.

Ibu penulis pernah menjadi mangsa mereka yang tidak bertanggungjawab ini, bukan sekali, tetapi dua kali. Kali kedua ianya berlaku ibu penulis berada 10 meter sahaja dari pondok keselamatan apartmentnya. Dan oleh kerana tindak balas refleks ibu penulis adalah untuk memegang beg tangannya itu, ibu penulis telah diseret atas jalan raya. Mujur sekali ibu penulis hanya mengalami kecederaan ringan.

Seorang wanita diragut – Sumber imej: NST Online

Setiap hari, kita sering kali membaca laporan mengenai kes ragut, jadi, ada baiknya sekiranya kita mengambil beberapa langkah keselamatan bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa. Baru semalam, seorang wanita telah kehilangan beg tangan beserta wang tunai RM1,000 setelah dia mengeluarkan wang berkenaan dari mesin ATM.

1. Jangan terlalu menonjol

Sentiasa sembunyikan barang kemas yang anda pakai di leher mahu pun pergelangan tangan. Pencuri hanya mencuri jika ada peluang. Jika anda berjalan, pegang beg di hadapan anda dan bukannya galasnya di sisi anda.

2. Sembunyikan barang-barang anda

Ini tips yang amat berguna, terutamanya bagi penunggang motosikal wanita. Jika anda berniat utuk meninggalkan beg tangan atau telefon bimbit anda dalam bakul motosikal, sekurang-kurangnya sembunyikan di sebalik barang-barang yang lain. Lebih elok lagi sekiranya anda lilit atau ikat tali beg pada bakul atau pada bahagian tengkuk motosikal.

3. Bawa beg galas

Ianya mungkin tidak praktikal atau selesa bagi kebanyakan penunggang motosikal, tetapi, ianya salah satu cari bagi menghindari diri anda diragut, kecualilah jika mereka rompak secara bersenjata.

Sumber imej: cycleworld

4. Pasang bakul yang boleh dikunci

GIVI menawarkan bakul yang boleh dikunci yang mana anda boleh pasang ditempat di mana bakul itu sebelum ini. Benar, ruangannya mungkin lebih kecil dari bakul biasa tetapi ianya jauh lebih selamat daripada membiarkannya terbuka untuk dilihat (dan dicuri/ragut) oleh sesiapa sahaja.

kotak tengah GIVI

5. Pasang sebuah ‘top box’

Ini adalah cara yang terbaik. Anda tidak perlu kotak yang besar, yang kecil sahaja sudah mencukupi. Tambahan pula, barangan anda akan dilindungi daripada hujan.

Ini adalah antara tips yang boleh kami kongsikan. Walaupun ianya bukan penyelesaian yang 100% berkesan namun kita perlu ingat bahawa peragut hanya meragut sekiranya diberikan peluang. Jika kita menyukarkan mereka untuk meragut, mereka tidak akan menjadikan kita sasaran.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply