ads

Pelumba Legenda Troy Bayliss Kembali Ke Perlumbaan Superbike!

 

  • Juara Dunia WorldSBK sebanyak tiga kali, Troy Bayliss akan kembali ke dunia perlumbaan motosikal superbike sepenuh masa bermula tahun hadapan.
  • Legenda perlumbaan berusia 49 tahun dari Australia ini akan bermula di siri perlumbaan tempatan,
  • Australian Superbike Championship 2018.
    Bersama dengan pasukan Desmosport Ducati, Bayliss akan mengemudi jentera Ducati 1299 Panigale R 2017.

Masih ingatkah anda Troy Bayliss, juara dunia WorldSBK sebanyak tiga kali? Penunggang berusia 49 tahun dari Australia itu telah mengumumkan bahawa dia akan kembali dari persaraan untuk berlumba sepenuh masa dalam siri perlumbaan Australian Superbike Championship 2018 pada musim yang akan datang.

Jadi, apakah senjata yang akan digunakan bagi menakluki litar-litar yang akan dilumbainya itu? Sebuah jentera Ducati 1299 Panigale @ 2017 dari pasukan Desmosport Ducati. Pasukan perlumbaan itu mempunyai sokongan pengeluar yang mana ianya juga merupakan sebuah pasukan yang dimiliki bersama Bayliss.

Kemunculan semula ke kancah perlumbaan superbike itu telah berlegar-legar di ruang mindanya buat beberapa waktu yang mana ianya telah bermula apabila dia telah diminta untuk menggantikan salah seorang penunggang yang tercedera dalam siri perlumbaan berkenaan. Walaupun Bayliss menolak pelawaan berkenaan pada waktu itu, dia agak aktif dalam ujian dan pembangunan jentera perlumbaan di samping berlumba dalam kategori 300.


Troy Bayliss adalah satu nama yang sudah tidak asing lagi bagi siri perlumbaan Australian Superbike Championship dan telah berjaya merangkul beberapa buah penamat di atas podium sebelum ini. Bagi tahun 2018, suasana siri perlumbaan itu pasti akan lebih hangat lagi dengan kemunculan pelumba legenda berkenaan yang akan bersaing di setiap pusingan kejohanannya itu.

Siri perlumbaan Australian Superbike Championship 2018 akan menyingkap tirainya pada 23 Februari 2018 di Litar Phillip Island Grand Prix yang ikonik.

 

Leave a Reply