Cuba Teka Berapa Ramai Anggota Tentera India Boleh Menaiki Sebuah Motosikal?

Sumber imej: India Today

 

  • Pada 19 November 2017, 58 orang anggota pasukan Kor Pertunjukan Tentera India telah memecahkan rekod dunia bagi jumlah orang paling ramai di atas sebuah motosikal.
  • Rekod ini telah dicapai di Pangkalan Udara Bangalore Yelahanka di mana mereka telah menggunakan sebuah motosikal Royal Enfield 500cc yang telah diubah suai.
  • Dikenali sebagai “The Tornadoes”, pasukan ini telah memecahkan rekod dunia lama mereka yang telah dicapai dengan 56 orang.

Kebanyakan motosikal hanya dibina bagi memenuhi keperluan para penggemar motosikal. Selalunya ianya hanya muat untuk penunggang yang gemarkan tunggangan solo dan sebahagian daripadanya boleh membawa pembonceng tambahan dengan bantuan sebuah ‘side car’ atau jika ianya sebuah jentera buatan khas yang telah dipanjangkan. Jadi, mana mungkin sekumpulan besar orang dapat menaiki sebuah motosikal tanpa meranapkan atau mencederakan diri mereka sendiri?

Sumber imej: Indian Express

Tanya sahajalah pada Tentera India. Pada minggu yang lalu, pasaukan Kor Pertunjukan Tentera India, atau juga dikenali sebagai “The Tornadoes”, telah berjaya melakukan satu aksi lagak ngeri yang amat menakjubkan. Lebih elok lagi, anda boleh saksikan video dibawah di mana ianya telah merakamkan aksi yang mengagumkan itu, yang juga telah mencipta rekod dunia yang baru (rekod terdahulu yang juga dipegang oleh pasukan ini adalah dengan 56 orang di atas sebuah motosikal).

https://youtu.be/GAJfYxCVPnw

Pada 19 November 2017, sekumpulan anggota tentera lengkap berpakaian mengikut warna bendera negara India telah berkumpul di Pangkala Udara Bangalore Yehalanka yang terletak di Bengaluru, India dalam cubaan mereka untuk memecahkan rekod terdahulu yang dipegang oleh mereka. Menggunakan sebuah motosikal Royal Enfield 500cc yang telah diubah suai, video itu menunjukkan bagaimana mereka telah berjaya memulakan cubaan itu dengan 40 orang di atas jentera itu, dan satu demi satu, mereka menambah bilangan pembonceng di atas motosikal berkenaan.

Sumber imej: Hindustan Times

Sebaik sahaja ke semua 58 orang anggota pasukan berkenaan berada di atas motosikal itu, mereka dengan jayanya telah menunggang motosikal itu sejauh 1.2km! Sememangnya satu aksi lagak ngeri yang amat menakjubkan, bukan?

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]