Tawaran Super KTM 1290 Super Adventure S

 

  • Motosikal KTM 1290 Adventure S telah mendapat sambutan yang hebat sejak pelancarannya.
  • Sebagai sebuah promosi akhir tahun yang istimewa, KTM Malaysia menawarkan ‘Travel Pack’ sebagai pakej percuma.
  • Promosi ini boleh didapati di pengedar KTM Malaysia yang disahkan.

Motosikal KTM 1290 Super Adventure S 2017 telah dilancarkan di Malaysia beberapa bulan yang lalu dan telah mendapat sambutan yang hangat di kalangan penggemar motosikal ‘adventure touring’.

KTM sudah pun memiliki sebuah motosikal yang hebat apabila pengeluar dari Austria, dan yang terbesar di Eropah itu melancarkan motosikal 1290 Super Adventure (yang kemudiannya dinamakan semula sebagai “Model T”) pada tahun 2015. Ianya dengan pantas dinamakan sebagai “Best Adventure Touring Motocycle” oleh pelbagai penerbitan motosikal ternama di seluruh dunia.

Motosikal 1290 Super Adventure T merupakan sebuah keajaiban mekanikal dan teknologi, dan telah menjadi motosikal ‘adventure-tourer’ berprestasi tinggi yang tiada tolok tandingannya. Ianya juga merupakan asas bagi motosikal 1290 Super Adventure S 2017 dan 1290 Super Adventure R. Enjin 1,301cc, DOHC, 8-injap, 75 darjah, LC8 (yang diasaskan daripada enjin 1290 Super Duke R yang mengancam) itu menghasilkan 160hp dan 140Nm tork. Tetapi, ianya hanyalah sebahagian daripada kisahnya kerana enjin ini boleh menghasilkan 108Nm pada 2500Nm. Inilah sebab mengapa motosikal ini terasa amat berkuasa sekali.

Motosikal ini dilengkapi dengan ciri teknologi tercanggih seperti MTC (Motorcycle Traction Control), MSC (Motorcycle Stability Control), ABS, Lampu Menyelekoh Led, dan Suspensi Semi-Aktif WP.

Motosikal KTM 1290 Super Adventure S 2017 juga menggunakan ciri yang sama, tetapi yang telah diperkemaskini. Lebih ketara lagi, ianya telah direka semula bagi mencerminkan identiti baru KTM, bermula dengan lampu hadapannya.

Lampu hadapannya kini terbahagi kepada dua belah bahagian dengan sebuah ‘saluran’ penyejukan di antaranya bagi menangani isu lampu LED menjadi terlalu panas. Hasil dari rekaan semula ini membentuk sebuah rekaan lampu hadapan yang tidak ada pada mana-mana motosikal lain yang ada dalam pasaran, meskipun pada motosikal KTM.

Ciri-ciri lain yang juga telah diperkemaskini adalah enjin dan kelengkapan elektronik yang lebih diperhalusi dan juga lebih diyakini.Terkini bagi motosikal 1290 Adventure S ini adalah paparan TFT 6-inci, yang mana pemilik boleh memasang pilihan My Ride yang juga mempunyai main-semula audio bebas tangan melalui Bluetooth.

Ke semua kelengkapan elektronik ini sudah pasti membuatkan motosikal KTM 1290 Super Adventure S ini amat sensitif, bukan?

Tidak semestinya. Kami sendiri telah menyaksikan betapa tahan lasaknya motosikal-motosikal ini sewaktu KMOG Borneo Ride 2017 baru-baru ini. Tiada sebuah pun motosikal mengalami sebarang masalah walaupun telah melalui keadaan perjalanan yang mencabar termasuklah jalan raya yang rosak akibat gempa bumi, jalan tanah merah, lumpur, batu kerikil, pasir, hujan lebat mahu pun panas terik. Ianya kekal berfungsi dengan baik serta amat selesa buat penunggang dan juga pembonceng!

Dan dengan kemunculan tahun 2018, KTM Malaysia sedang menawarkan motosikal 1290 Super Adventure S dengan satu promosi istimewa.

Buat masa yang terhad, KTM Malaysia akan memberikan pakej pilihan “Travel Pack”, bernilai RM5,424 – SECARA PERCUMA! Dengan setiap pembelian motosikal 1290 Super Adventure S yang baru.

Pakej “Travel Pack” ini terdiri daripada My Ride, Quickshifter+, Hill Hold Control, (HHC), dan Motor Slip Regulation (MSR).

My Ride membolehkan penunggang memaut peranti telefon mudah alih ke motosikal melalui Bluetooth, membolehkan penunggang memutarkan lagu atau membuat dan menerima panggilan secara bebas tangan.

Quickshifter+ adalah evolusi kepada quickshifter yang sedia ada. Ianya membolehkan penukaran gear tanpa klac yang lebih lancar dan positif yang bukan hanya sekadar ke gear yang lebih tinggi tetapi ke gear yang lebih rendah juga. Satu ciri menarik pada Quickshifter+ KTM ini adalah ketiadaan “activator” pada ‘shift connector shaft’.

Mana-mana penunggang berpengalaman boleh beritahu anda, memulakan perjalanan mendaki bukannya satu tugas yang mudah, memerlukan penunggang untuk berselang-seli mengerjakan tuil brek hadapan dan klac dengan kelam kabut! Hill Hold Control (HHC) akan memegunkan motosikal pada cerun jalan sewaktu melahu, walaupun sekiranya transmisinya pada kedudukan neutral. Ianya sebuah ciri yang amat berguna terutamanya pada motosikal yang tinggi, dibebani dengan bagasi dan pembonceng.

Motor Slip Regulation berfungsi bersama dengan ciri kawalan cengkaman yang lain untuk penunggangan yang lebih selamat. Di mana MTC dan ‘slipper’ akan berfungsi untuk menghindarkan roda belakang dari melompat, MSR mengehadkan ‘back-torque’ pada roda belakang dengan meningkatkan kelajuan enjin. Sebuah ciri yang berguna dalam situasi cengkaman rendah. (ianya seperti menunggang MX, di mana penunggang perlu memastikan yang enjin berputar pada rpm yang lebih tinggi untuk cengkaman yang lebih konsisten berbanding mematikannya sama sekali – Tidak syak lagi sesuatu yang dipelajari KTM melalui penglibatan dan kejayaannya dalam pertandingan perlumbaan ‘offroad’.)

Ciri-ciri “Travel Pack” membekalkan keselamatan dan hiburan tambahan kepada sebuah motosikal yang sedia hebat, jadi, segeralah ke pengedar KTM sah yang berhampiran anda hari ini!

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman Facebook rasmi KTM Malaysia.

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]