ARRC: Azlan Shah Terpantas Pada Hari Pertama Ujian di Buriram

  • Azlan Shah Kamaruzaman telah mencatatkan masa terpantas semalam sewaktu ujian pra musim FIM ARRC 2018 di Buriram.
  • Azlan, bersama pasukan Manual Tech KYT Kawasaki Racing telah memacu jentera ZX-6Rnya mendahului penunggang dari Thailand, Decha Kraisart, dan seorang lagi penunggang negara, Zaqhwan Zaidi.
  • Hari ke-2 ujian akan berlangsung pada hari ini di bagi mempersiapkan para penunggang untuk pusingan pembukaan hujung minggu ini.

FIM Asia Road Racing Championship (ARRC) telah memulakan musim 2018-nya semalam sewaktu Azlan Shah Kamaruzaman meluru pantas mendahului penunggang-penunggang lain di Thailand bagi ujian pra musim rasmi ARRC 2018. Sesi ujian dua hari itu bermula dengan gah bagi wira-wira negara kita terutamanya bagi juara ARRC 2017 dengan jentera perlumbaannya, Kawasaki Ninja ZX-6R.

Penunggang berusia 33 tahun itu akan mempertahankan kejuaraannya pada tahun ini dalam kategori premier SS600CC. Bersama dengan pasukannya yang amat berkebolehan dan berdaya saing, Manual Tech KYT Kawasaki Racing, mereka berjaya menduduki tangga teratas catatan masa semalam dengan catatan masa 1:38.936.

Azlan Shah sewaktu kejohanan tahun lalu di mana dia telah ditabalkan sebagai juara

Prestasi menakjubkan yang dapat dilihat dari permulaan sesi ujian itu adalah di atas jasa penambahbaikan yang amat penting pada sistem suspensi jentera ZX-6R. Penambahbaikan tersebut telah membolehkan Azlan untuk memperbaiki masa serta menala halus jentera perlumbaannya dengan pantas di Litar Antarabangsa Chang tersebut. Azlan juga telah menyatakan bahawa dia berasa yakin dapat merangkul kemenangan pertama bagi musim 2018 pada hujung minggu ini.

Penunggang dari Thailand, Decha Kraisart (Yamaha Thailand Racing), juga turut mempamerkan prestasi yang hebat semalam dan menamatkan hari tersebut dengan catatan masa ke-dua terpantas dengan 1:39.132, yang mana ianya hanya 0.196 saat di belakang jentera Kawasaki Azkan Shah. Jentera Yamaha YZF-R6 hanya sedikit sahaja lebih pantas dari seorang lagi bekas juara ARRC, Zaqhwan Zaidi (Musashi Boon Siew Honda) yang mencatatkan masa 1:39.190 pada Hari 1.

Terdapat sejumlah lapan orang penunggang dari Malaysia pada musim ini dalam kelas premier FIM Asia Road Racing Championship 2018 dan setiap seorang daripada mereka, bersama dengan sebelas lagi penunggang dari pelbagai negara yang lain akan bersaing bagi merebut takhta kejohanan tersebut.

Teruskan setia bersama kami di MotoMalaya untuk perkembangan terkini Hari 2 ujian pra musim ARRC 2018.

Sumber: ARRC

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]