Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur kini mempunyai tiga orang pegawai wanita dalam Unit Penguatkuasaan Bermotosikal. Tiga orang pegawai tersebut merupakan antara pegawai wanita pertama dalam unit di bawah jabatan berkenaan. Para pegawai wanita berkenaan telah menjalani latihan yang sama seperti pegawai lelaki.
Author: Zarul Faiz
Franco Morbidelli gembira berjaya memperolehi tempat yang ke-lima dalam pusingan MotoGP “Red Bull Grand Prix of the Americas”. Teman sepasukannya dan penunggang rookie, Fabio Quartararo menamatkan perlumbaan tersebut di tempat yang ke-tujuh. Ini adalah satu keputusan yang amat memberangsangkan buat pasukan PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team.
Perlumbaan Rali Dakar akan berpindah ke Arab Saudi bermula tahun 2020. Perubahan ini bertitik tolak daripada kebimbangan berkenaan dengan politik dan kewangan di Amerika Selatan. Satu sidang akhbar akan diadakan pada 25 April bagi menjelaskan lagi mengenai pertukaran tersebut.
Terdapat ramai selebriti yang menunggang motosikal tetapi Keanu Reeves mengambil satu langkah lebih hebat dengan memiliki jenama motosikalnya sendiri. Dia juga turut memiliki beberapa buah motosikal yang beredisi amat terhad. Syarikat milik Keanu, Arch Motorcycle, membina motosikal buatan khas yang mempunyai reka bentuk yang futuristik.
Model Aprilia Tuono V4 1100 Factory 2019 tampil dengan pelbagai kemas kini. Lebih banyak maklumat tambahan mulai muncul sejak pelancarannya pada tahun lalu. Salah satu tarikan utama pada model tahun ini adalah suspensi elektronik separa aktif Öhlins Smart EC 2.0.
Shell Malaysia telah melancarkan sebuah tangki penyimpanan bahanapi minyak petrol baharu dan kawasan pemunggahan tambahan. Langkah ini membolehkan Shell Malaysia memenuhi permintaan yang semakin meningkat bagi minyak petrol Shell di Zon Tengah. Tangki ini mempunyai kapasiti sehingga 10 juta liter dan mampu mengagihkan 1,800 liter minyak petrol dalam satu minit.
BMW Motorrad Auto Bavaria telah menganjurkan satu majlis pratonton istimewa untuk Option 719 malam semalam. Option 719 adalah sebahagian daripada program pengkhususan selepas pengilangan BMW Motorrad Spezial. Option 719 ini boleh didapati buat masa ini bagi rangkaian R nineT, K-Series, dan C-Series.
Suzuki Malaysia telah memuatnaik dalam laman Facebook mereka gambar motosikal Suzuki Katana 2019 yang telah pun tiba di tanah air kita! Bagaimana pun, maklumat tambahan mahu pun harga rasminya masih tidak diketahui. Satu carian di Mudah.my mendapati ada pos-pos dari bulan lepas yang menawarkan motosikal berkenaan pada harga RM85,000.
Fail paten telah menunjukkan yang Yamaha sedang berusaha menghasilkan sebuah enjin ‘twin’ cas turbo. Yamaha ingin mengurangkan emisi ekzos dengan menggunakan pengecas turbo. Pengecas turbo menambah keberkesanan lohong masukan dengan menyedut lebih banyak udara ke dalamnya.