Maklumat Tambahan Aprilia Tuono V4 1100 Factory 2019 Mula Memunculkan Diri!

 

  • Model Aprilia Tuono V4 1100 Factory 2019 tampil dengan pelbagai kemas kini.
  • Lebih banyak maklumat tambahan mulai muncul sejak pelancarannya pada tahun lalu.
  • Salah satu tarikan utama pada model tahun ini adalah suspensi elektronik separa aktif Öhlins Smart EC 2.0.

Pengemaskinian bagi model Aprilia Tuono V4 1100 Factory 2019 telah didedahkan pada tahun lalu seiringan dengan model RS4 RR 2019, motosikal yang mengambil asasnya dari model Tuono tersebut.

Kami pernah meliputinya sebelum ini, namun kini, ada lebih banyak maklumat tambahan telah muncul mengenai pengemaskinian yang diterima oleh motosikal Tuono V4 1100 berkenaan.

Tarikannya:

  • Enjinnya menghasilkan 175 bhp pada 11,000rpm dan 121Nm tork.
  • Berat basahnya adalah pada 209 kg sahaja.
  • Suspensi elektronik separa aktif Öhlins Smart EC 2.0.
  • Kawalan cengkaman serta ABS berasaskan IMU Bosch.
  • Bantuan penunggangan elektronik yang lain termasuklah ‘wheelie control’, kawalan mulaan, quickshifter, pengehad kelajuan pit serta kawalan bersiar!

Suspensi elektronik separa aktif Öhlins Smart EC 2.0

Suspensi Öhlins ini adalah yang terbaru dalam evolusi suspensi elektronik. Ia bukan sahaja dapat menjalankan tugas yang ditetapkan seperti suspensi separa aktif yang sedia ada, tetapi, penunggang juga boleh menalanya bagi memenuhi objektif yang berbeza.

Antaramuka Penalaan Berdasarkan Objektif membolehkan anda untuk menala, antaranya:

  • Junaman fork yang dikurangkan sewaktu anda membrek di pertengahan selekoh.
  • Redaman yang lebih lembut di pertengahan selekoh untuk memberikan lebih cengkaman.
  • Penyerap hentakan belakang yang lebih keras sewaktu anda memecut keluar dari selekoh.

ECU pada sistem suspensi ini mengambil bacaan daripada pergerakan suspensi, brek, pendikit. dan IMU (sudut condong, sudut rewang) bagi memformulasikan satu penyelesaian buat mod penunggangan semasa. Selain itu, ia bukan sahaja berfungsi untuk suspensi sahaja, ia juga berfungsi untuk peredam stereng elektronik Öhlins juga.

Penunggang boleh menukar sistem tersebut kepada mod manual. Suspensinya akan bertindak balas mengikut mod semasanya – Track, Sport, Road – berdasarkan pilihan penunggang.

Sistem ini juga turut disertakan buat pertama kalinya pada model Ducati Panigale V4 dan V4 S.

Malangnya, model Tuono V4 ini kurang menjadi pilihan mahu pun sebutan para penggemar dalam segmen motosikal lumba naked. Sayang sekali, kerana ia menawarkan prestasi hebat yang telah diredamkan oleh kebanyakan model-model lain yang ada pada masa kini. Malah, jentera buas yang menjadi sebutan ramai – motosikal KTM 1290 Super Duke R – turut dijinakkan, tetapi tidak dengan model Tuono ini. Ini belum lagi kami sentuh mengenai bunyi enjin V4-nya itu!

Motosikal ini adalah intipati rasa cinta kita pada motosikal. Dengan erti kata lain, kebolehan untuk memecut laju meninggalkan semuanya di belakang kita termasuklah ‘supercar’ tanpa perlu mengeluarkan belanja ala jutawan.

Bilakah motosikal ini akan tiba di Malaysia? Harap-harapnya, dalam masa yang terdekat!

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.