Tunggang Jentera Honda Dengan Bantuan Tangan Bionik!

Pereka, Tom Hylton, membayangkan bahawa pengeluar motosikal Jepun, Honda, dengan kepakaran robotik mereka, dapat menghasilkan penyelesaian dalam membantu golongan kurang upaya untuk menunggang motosikal, satu hari nanti.

Hylton telah membuat rekaan awal yang menyerupai tangan bionik Honda yang akan membantu individu yang tidak mempunyai tangan yang sempurna untuk mengendalikan motosikal Honda.

Tangan bionik terbabit yang dipasang di bahagian bahu penunggang akan disambungkan ke bahagian ‘handlebar’ motosikal lantas memastikan kawalan sepenuhnya.

Bukan itu sahaja, tangan bionik itu akan membantu dalam menyampaikan arahan untuk berjalan, berhenti dan membrek tanpa perlunya penggunaan jari seperti motosikal konvensional.

“Motosikal dan tangan bionik tersebut akan berkomunikasi antara satu sama lain. Sekiranya berlaku kemalangan, motosikal akan menghantar maklumat ke tangan terbabit lalu melepaskannya daripada ‘handlebar’ agar dapat mengelakkan daripada kemalangan yang lebih serius,” jelas Tom.

Ketika ini, Tom juga sedang dalam proses membina kaki bionik agar dapat dihubungkan dengan jentera Honda.

(SUMBER: Yankodesign.com)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.