Motosikal Apakah Tunggangan Pilihan Keanu Reeves?

  • Terdapat ramai selebriti yang menunggang motosikal tetapi Keanu Reeves mengambil satu langkah lebih hebat dengan memiliki jenama motosikalnya sendiri.
  • Dia juga turut memiliki beberapa buah motosikal yang beredisi amat terhad.
  • Syarikat milik Keanu, Arch Motorcycle, membina motosikal buatan khas yang mempunyai reka bentuk yang futuristik.

Ianya bukan satu rahsia bahawa Keanu Reeves, yang kini amat popular dengan watak hero aksi John Wick, amat menggemari motosikal. Tetapi, apakah antara motosikal yang telah dimilikinya?

Terdapat begitu ramai selebriti yang benar-benar menggemari motosikal dan bukan sekadar ber’posing’ dengannya untuk tampak ranggi. Senarainya cukup panjang dan disegani, antaranya ialah Tom Cruise, Ryan Reynolds, Ewan McGregor, Orlando Bloom, Bear Grylls, Pink, Justin Timberlake, Alanis Morissette, Bradley Cooper, Michael Fassbender, Hugh Laurie, Richard Hammond, Jay Leno, Brad Pitt, serta David Beckham.

Namun, hanya seorang sahaja di antara mereka yang memiliki jenama motosikalnya sendiri, dan dia adalah Keanu Reeves.

Dalam sebuah temubual bersama GQ Magazine, kita dalam melihat sendiri minat yang dimiliki Keanu. Dia telah mempersembahkan sebuah model Norton Commando 850 Mk A2 1973 yang telah dia beli pada tahun 1987. Motosikal kedua yang ditunjukkan adalah Ducati 998 Reloaded Edition 2004, yang mana merupakan motosikal yang dipersembahkan dalam filem “The Matrix: Reloaded”. Ducati menghadiahkan motosikal berkenaan kepada Keanu selepas pemfileman sebagai sebuah cenderamata, lengkap dengan kemasan warna hijau gelap.

Dia turut menyenaraikan filem-filem di mana dia menunggang motosikal, antaranya, “Chain Reaction”, “My Own Private Idaho”, dan filem yang bakal ditayangkan, “John Wick Chapter 3: Parabellum”. (Kami telah menyiarkan artikel mengenai trailer filem berkenaan, di mana John Wick bertarung dengan para pembunuh upahan sambil menunggang sebuah motosikal Yamaha MT-09.)

Keanu telah menubuhkan dan menjadi pemilik bersama sebuah jenama motosikal Arch Motorcycle. Jenama tersebut bermula sebagai sebuah kontrak pengubahsuaian bagi sebuah model Harley Dyna Wide Glide. Motosikal tersebut menjadi prototaip bagi model Arch Motorcycle yang pertama – model KRGT-1. Arch Motorcycle telah membina sendiri lebih daripada 200 buah komponen aluminium buat motosikal tersebut, dan hanya mendapatkan bahagian dari pembekal luar untuk bahagian suspensi, ekzos, dan enjin.

Dia juga telah menceritakan mengenai model berikutnya keluaran bergelar model Arch 1S. Motosikal tersebut merupakan versi yang lebih sporty bagi motosikal KRGT-1. Keanu turut mempersembahkan motosikal konsep Method 143 yang menggunakan casis gentian fiber ‘monocell’.

Motosikal apakah yang menjadi idaman Keanu untuk dimiliki? Vincent Black Shadow 1955 dan Brough Superior. Keanu juga berharap dapat menunggang jentera perlumbaan MotoGP.

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]