Trailer Filem “John Wick Chapter 3 – Parabellum” Menampilkan Aksi Kejar Mengejar Bermotosikal Mengagumkan

  • Filem “John Wick Chapter 3 – Parabellum” bakal ditayangkan bermula bulan Mei akan datang.
  • Filem ketiga dalam francais John Wick ini menjanjikan aksi-aksi yang menakjubkan seperti filem-filem terdahulu.
  • Tarikan utama trailer, bagaimana pun, merupakan satu adegan kejar-mengejar bermotosikal.

“All of this for what? Because of a puppy?” Filem terbaru dan barangkali penamat bagi kisah pembunuh upahan, “John Wick Chapter 3 – Parabellum” hanya tinggal dua bulan lagi sebelum ditayangkan.

Susulan kepada filem terdahulu di mana John Wick telah diberikan status “excommunicado”, dia kini terpaksa melarikan diri kerana menjadi buruan para pembunuh upahan professional yang lain. Dan bermulalahh satu lagi episod aksi ganas yang bergaya dan menakjubkan.

Tralier filem yang terkini ini mempamerkan John Wick yang terlibat dalam pertarungan menggunakan pisau dalam satu galeri yang dipenuhi dengan pelbagai senjata yang tajam, aksi tembak-menembak, pertempuran tanpa senjata, dan bermacam-macam lagi. Dia turut mengucapkan satu bait kata yang dipopularkan oleh satu lagi watak terkenal Keanu Reeves dari filem “The Matrix” – “Guns. Lots of guns.”

Bagaimana pun, klimaks video yang berdurasi 2 minit 36 saat ini sudah semestinya adegan tembak-menembak dan pertarungan menggunakan katana sambil menunggang motosikal MT-09.

Turut ditampilkan adalah teman sampingan protagonis ini. Dia kini kembali dengan seekor anjing dan teman-teman yang baharu, termasuklah satu watak yang telah dilakonkan oleh Halle Berry.

*Parabellum merujuk kepada kartrij peluru 9mm.

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.