MINI Countryman Plug-In Hybrid Wired Diperkenalkan – Harga Dari RM250,888!

MINI Malaysia telah melancarkan dua model baharu, MINI Countryman Plug-In Hybrid Wired dan Cooper S Countrymen Pure sekaligus menandakan pengembaraan baharu dalam dunia hibrid bagi jenama itu.

Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Harald Hoelzl, menjelaskan penghasilan dua model ini terutamanya Countryman Plug-In Hybrid Wired sejajar dengan komitmen MINI dalam menuju kearah masa depan baharu dunia automotif.

“Sejak model Countryman diperkenalkan pada tahun 2010, MINI telah menjalani proses evolusi dengan konsiten. Tahun lalu, Malaysia menjadi tunggak utama  di Asia Tenggara apabila pemasangan MINI kini dilakukan di peringkat tempatan.

“Kami juga telah memperkenalkan varian hibrid ‘Plug-In’ sebagai tanda komitmen kami dalam pembentukan masa hadapan dengan Mobiliti Elektro,”jelasnya.

MINI semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia apabila lebih 1,200 unit kenderaan segmen Sport Acitivity Vehicle (SAV) telah pun diserahkan tahun lalu, sekaligus mencatatkan peningkatan 19 peratus berbanding tahun sebelumnya (1,011).

Suku pertama 2019 turut menampakkan peningkatan ketara dengan lebih 38 peratus (300 unit) kenderaan telah pun diserahkan – lebih daripada separuh jumlah itu melibatkan model MINI Countryman.

Menyedari varian Countryman semakin popular, MINI yakin pengenalan dua model baharu – Countryman Plug-In Hybrid Wired dan Cooper S Countryman – akan terus melakar kejayaan dalam segmen premium SAV.

Kedua-dua model memiliki beberapa ciri teknologi yang canggih antaranya:

  • MINI Connected
  • Comfort Acces
  • Park Assist
  • Auto Tailgate
  • Rear View Camera
  • Electronic Brake Parking
  • MINI Picnic Bench

Bukan itu sahaja, MINI Malaysia turut menawaran program Bantuan Tepi Jalan selama 5 tahun bagi kedua-dua model yang merangkumi bantuan kemalangan 24 jam, talian kecemasa, servis tunda percuma, dan kenderaan ganti.

Bagi pemilik yang memerlukan bantuan sekiranya berlaku sebarang masalah di mana jua, hubungi 1800-88-8808.

Berikut harga yang ditawarkan MINI Malaysia bagi kedua-dua model:

MINI Cooper S Countryman Pure: RM228,888


MINI Countryman Plug-In Hybrid: RM250,888

Jika anda berminat untuk melihat kedua-dua model ini dengan lebih dekat, usah gusar kerana MINI Malaysia bakal mengadakan roadshow di beberapa lokasi strategik di seluruh Malaysia!

Layari www.mini.my/urbanliberation untuk maklumat lanjut.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply