Pratonton Option 719 Di BMW Motorrad Auto Bavaria

  • BMW Motorrad Auto Bavaria telah menganjurkan satu majlis pratonton istimewa untuk Option 719 malam semalam.
  • Option 719 adalah sebahagian daripada program pengkhususan selepas pengilangan BMW Motorrad Spezial.
  • Option 719 ini boleh didapati buat masa ini bagi rangkaian R nineT, K-Series, dan C-Series.

BMW Motorrad Auto Bavari telah menganjurkan satu acara pratonton istimewa bagi Option 719 malam semalam. Majlis istimewa ini telah diadakan bersempena dengan festival “BMW Motorrad Fest” mereka.

Auto Bavaria telah memperkenalkan empat buah motosikal R nineT dengan kemasan warna Option 719 yang berbeza. Seorang pemilik, Dato’ Ariffudin Mokhtar juga turut menerima penyerahan sebuah motosikal R nineT Pure yang diperkemaskan dengan pilihan warna Black Storm/Metallic Auburn.

Ia cukup padan sekali untuk memperkenalkan Option 719 dengan motosikal dari rangkaian R nineT, memandangkan rangkaian tersebut telah direka dengan tujuan untuk diubah suai. Ianya masa yang tepat sekali untuk melancarkan program berkenaan memandangkan Option 719 ini telah diperkenalkan buat beberapa ketika.

Option 719 adalah sebahagian daripada program pengkhususan selepas pengilangan BMW Motorrad Spezial. Pemilik boleh memilih pilihan istimewa untuk motosikal BMW mereka sebelum ia tiba di bilik pameran atau mereka boleh mendapatkan alat gantinya pada masa yang kemudian. Bergantung pada enjinnya, pengguna boleh pilih dari katalognya yang lengkap dengan pelbagai komponen seperti penutup takungan bendalir, billet brek, penutup enjin, tuil tangan, dan kemasan warna.

Kerja-kerja pengkhususan dijalankan oleh para pakar dari BMW, yang akan melakukan kerja-kerja ‘pinstriping’, mengilap, mencanai billet, jahitan pelana kulit dan sebagainya.

Pengubahsuaian motosikal menggunakan Option 719 juga bermakna yang waranti motosikal tersebut tidak terbatal. Selain itu, para pengguna juga dijamin yang kerja yang dijalankan akan dilakukan oleh kakitangan terlatih, memastikan kualiti kerja yang terbaik.

Option 719 ini kini boleh didapati bagi rangkaian R nineT, rangkaian motosikal tourer K-Series, dan rangkaian kenderaan mobiliti urban (skuter) C-Series, di mana mereka juga ada rancangan bagi meluaskannya ke rangkaian motosikal kembara (GS) dan motosikal lumba (S 1000 RR).

Anda boleh mendapatkan maklumat yang lanjut mengenai Option 719 dengan melayari laman sesawang BMW Motorrad Spezial.

Bagi mereka yang berminat, anda boleh kunjungi bilik pameran BMW Motorrad Auto Bavaria. Sila layari laman Facebook BMW Motorrad Malaysia, dan laman sesawang BMW Motorrad Malaysia untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai motosikal BMW.

GALERI GAMBAR

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.