Ducati Diavel 1260 S Materico Diperkenalkan

Motosikal Ducati Diavel 1260 S Materico adalah sebuah motosikal konsep rekaan yang dihasilkan bersempena dengan “Milan Design Week”. Ia lahir dari pertemuan antara pereka, Tom Dixon, dan para pereka dari Ducati, Lamborghini, Pirelli, dan VW. Ianya sebuah model ‘one-off’ istimewa dan diperagakan di restoran milik Tom Dixon.

Dainese Bakal Dijual?

Khabar angin yang mengatakan Dainese bakal dijual telah bertiup kembali. Pakar kelengkapan penunggangan premier dari Itali itu kini adalah milik Investcorp. Syarikat pelaburan itu dikatakan mahu wang tunai bagi 80% saham mereka dalam jenama berkenaan.