Shell Malaysia Bina Fasiliti Penyimpanan Tercanggih

(Dari kiri ke kanan) Suresh Nair, Eddie Lee, Shairan Huzaini Husain, Datuk Iain Lo, Datuk Ruben Gnanalingam, Kevin Ranatunga melancarkan tangki simpanan Shell
  • Shell Malaysia telah melancarkan sebuah tangki penyimpanan bahanapi minyak petrol baharu dan kawasan pemunggahan tambahan.
  • Langkah ini membolehkan Shell Malaysia memenuhi permintaan yang semakin meningkat bagi minyak petrol Shell di Zon Tengah.
  • Tangki ini mempunyai kapasiti sehingga 10 juta liter dan mampu mengagihkan 1,800 liter minyak petrol dalam satu minit.

Shell Malaysia Trading Sdn. Bhd. dengan secara rasminya telah melancarkan sebuah tangki penyimpanan minyak petrol yang paling canggih dan baharu beserta dengan sebuah kawasan pemunggahan baharu di Westport, Pelabuhan Klang. Peluasan ini meningkatkan lagi kebolehan Shell Malaysia dalam memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk minyak petrol Shell di Zon Tengah Semenanjung Malaysia.

Tangki baharu ini, fasiliti ke-sepuluh yang dimiliki oleh Shell di terminal berkenaan, telah dibina di bawah Fasa 4 dalam “Pelan Peluasan Terminal Westport Shell”. Ianya telah dilancarkan secara rasmi oleh Datuk Iain Lo, Pengerusi Shell Malaysia, dan Datuk Ruben Emir Gnanalingam, Pengarah Urusan Kumpulan Westports Malaysia Sdn. Bhd.

Di samping tangki penyimpanan 10 juta liter baharu tersebut, pelan peluasan itu turut meliputi sebuah kawasan pemunggahan baharu dengan enam buah lengan pengagihan yang ditatarajah untuk mengagihkan tiga produk bahanapi Shell yang utama – Fuelsave 95, V-Power 97, dan Fuelsave Euro 5 Diesel – pada kadar 1,800 liter seminit. Ini meningkatkan keberkesanan proses pengisian untuk lori tangki minyak. Lori-lori tangki minyak kini boleh diisi penuh dalam masa 25 minit, yang mana dengan ketaranya akan mengurangkan kesesakan di Klang Valley Distribution Terminal (KVDT).

(Dari kiri ke kanan) Suresh Nair, Eddie Lee, Shairan Huzaini Husain, Datuk Iain Lo, Datuk Ruben Gnanalingam, Kevin Ranatunga melancarkan tangki simpanan Shell

“Saya berbesar hati ingin mengumumkan yang fasiliti penyimpanan baharu yang berada di Westport ini akan membolehkan Shell untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk produknya di Lembah Klang. Fasiliti baharu yang efisien ini akan meningkatkan lagi sifat berdaya saing Shell dan menjamin kemampuan Shell bagi memenuhi keperluan para pelanggan,” ujar Datuk Iain Lo.

Beliau juga menambah bahawa Shell telah memacu pembangunan Malaysia sejak 128 tahun yang lalu dan akan terus melabur dalam memperkukuhkan lagi kehadirannya di dalam negara dengan menawarkan bukan sahaja produk berkualiti tinggi, tetapi juga akan memberikan perkhidmatan yang efisien, yang memenuhi keperluan para pengguna dan perusahaan.

Tangki penyimpanan ini telah dibina menggunakan cara ‘jack-up’ baharu yang inovatif berbanding dengan proses ‘bottom-up’ tradisional. Di sini, bahagian atas tangki termasuklah bumbungnya dibina dahulu sebelum ianya diangkat menggunakan hidraulik, yang mana membolehkan bahagian bawahnya pula dipasang. Ini mengurangkan penggunaan bahan perancaan (scaffolding), keperluan pekerja bekerja di tempat tinggi, dan membolehkan pembinaan dijalankan dengan selamat dan disiapkan lebih awal di jadualkan, walaupun dengan kekangan ruang dan aktiviti yang berlaku disekelilingnya.

Kejayaan menyiapkan Fasa 4 bagi “Pelan Peluasan Terminal Westport Shell” adalah bukti jelas akan kerjasama kukuh dan standard keselamatan yang tinggi yang dipatuhi oleh pasukan-pasukan dari Shell Malaysia, Westports Malaysia Sdn. Bhd., dan para konsultan projek serta para kontraktor.

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply