Honda, Kawasaki, Suzuki, Dan Yamaha Bekerjasama Dalam Pembangunan Bateri Motosikal

Empat buah pengeluar motosikal utama di Jepun, iaitu Honda, Yamaha, Kawasaki, dan Suzuki akan bekerjasama bagi membangunkan teknologi bateri motosikal. Mereka sedang berusaha membangunkan teknologi penukaran bateri bagi mengatasi tempoh pengecasan yang panjang. Yamaha sudah mula bekerjasama dengan Gogoro di Taiwan bagi membangunkan teknologi penukaran bateri ini.