Pengeluar aksesori motosikal, GIVI Asia melancarkan helmet M10.1 Acqua dan M30.3 D-Visor Demi Jet untuk pasaran Malaysia, hari ini. Helmet M10.1 Acqua menawarkan rekaan klasik moden dengan elemen vintaj bagi penunggang yang berminat menggayakan dengan motosikal jenis cruiser dan cafe racer. Helmet ini didatangkan dengan empat warna pilihan; Graphic Lava Black, Graphic Lava Cream White,…
Tag: GIVI Asia
GIVI Asia Sdn Bhd baru-baru ini mengadakan GIVI Mega Ride & Camp 2019 bagi meraikan komuniti GIVI dan GIVISTA. Para GIVISTA bersama pengamal media yang dijemput telah sama-sama menunggang jentera masing-masing dengan Lata Lembik, Raub, Pahang menjadi destinasi utama kali ini. Seperti dianjurkan saban tahun, perjalanan dimulakan di ibu pejabat GIVI Asia terletak di Bukit…
GIVI Asia memperkenalkan barisan produk baharu sempena majlis sambutan Ulangtahun ke-25 GIVI yang berlangsung di Hotel Ion Delemen, Genting Highlands, semalam. Sebelum itu, GIVI turut menganjurkan konvoi bersama media yang bermula daripada ibu pejabat GIVI di Bukit Beruntung dengan majlis pelancaran di Genting Highlands menjadi destinasi. Seperti sedia maklum, GIVI cukup sinonim dengan peminat…
GIVI Malaysia telah melancarkan laman blog dan Komuniti GIVISTA. Blog ini akan menampilkan pelbagai produk, aktiviti gaya hidup, dan juga trivia. Komuniti GIVISTA akan memberikan sorotan kepada aktiviti para pengguna GIVI.
Konvoi MotoGP GIVI Malaysia 2018 meneruskan tradisi tahunan GIVI Asia. Muzium Negara telah dipilih sebagai tempat permulaan untuk tahun ini. Para peserta telah menerima pelbagai hadiah hebat termasuklah tiket dan tempat parkir istimewa.
GIVI Asia telah diumumkan sebagai salah sebuah daripada lima penaja baru bagi perlumbaan basikal Le Tour de Langkawi 2018. Sejumlah 200 buah helmet akan diberikan kepada pihak polis, marsyal dan juga warga media untuk kegunaan sepanjang perlumbaan tersebut. Perlumbaan basikal ikonik itu akan bermula dari 18 hingga 25 Mac 2018 dan akan merentasi sejumlah lapan…
GIVI Malaysia telah membuka satu lagi GIVI Point yang terletak di Johor Bahru berhampiran Jalan Tampoi. Ianya merupakan GIVI Point yang ketiga dilancarkan selepas Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Bagi mereka yang membeli sebuah kotak dari GIVI Point Johor Bahru bermula sekarang hingga 19 Februari 2018 akan menerima sebuah unit lampu brek ketiga secara percuma.
Sudah menjadi satu tradisi untuk GIVI hadir di MotoGP Malaysia. Mereka telah menghadiahkan pelbagai cenderahati yang menarik buat para pengunjung astaka mereka. Para peserta konvoi MotoGP mereka turut menerima pelbagai hadiah yang amat menarik.