GIVI Memperkenalkan Barisan Produk Baharu!

 

GIVI Asia memperkenalkan barisan produk baharu sempena majlis sambutan Ulangtahun ke-25 GIVI yang berlangsung di Hotel Ion Delemen, Genting Highlands, semalam.

Sebelum itu, GIVI turut menganjurkan konvoi bersama media yang bermula daripada ibu pejabat GIVI di Bukit Beruntung dengan majlis pelancaran di Genting Highlands menjadi destinasi.

Seperti sedia maklum, GIVI cukup sinonim dengan peminat jentera dua roda terutamanya di kalangan pemilik motosikal ‘kapcai’ jadi tidak hairanlah pengeluar aksesori motosikal itu menghasilkan lebih 75,000 produk setiap tahun.

Bagi tahun 2019, GIVI sekali lagi memperkenalkan beberapa produk baharu!

1) Monolock B32N-Advance Bold Topcase

2) Monolock B270N Topcase

3) Monokey E23N Side Case

4) G12N Fixed System Center Case

5) Rider Tech

6) Helmet  M30.1 Cielo

Sementara itu, Pengurus Operasi Antarabangsa Kumpulan GIVI, Joseph A. Peruca, menjelaskan bagaimana GIVI antara pengeluar produk yang bangga dalam mengekalkan imej mereka selaku peneraju dalam melahirkan aksesori yang mengutamakan keselelamatan.

“Kami sering diajukan dengan soalan sama ada kami akan mencipta reka bentuk helmet atau rekaan grafik yang lebih garang? Hakikatnya, kami bangga dengan fokus utama kami, iaitu mencipta helmet atau produk yang selesa dan selamat. Itu adalah imej kami,”katanya.

Dalam perkembangan lain, Pengarah Urusan Givi Asia, On Hai Swee turut menjelaskan bahawa GIVI sedang dalam perancangan untuk membuka lebih banyak cawangan di seluruh negara dengan harapan dapat memudahkan pemilik motosikal untuk datang dan melihat produk keluaran mereka dengan lebih dekat.

 

 

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.