Lesen Perlumbaan AAM Masih Sah – KBS

Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PJS) memutuskan untuk mewujudkan Protem Motorsport Committee yang akan bertanggungjawab dalam menyelia dan mengurus hal ehwal sukan permotoran negara.

Pada 30 November tahun lalu, KBS telah membuat keputusan untuk membatalkan pendaftaran Persatuan Automobol Malaysia (AAM) sebagai badan induk sukan permotoran negara ekoran gagal mematuhi Akta Pembangunan Sukan 1997.

Difahamkan AAM gagal mengemukakan Maklumat Yang Kena Diberi (MYKB) – melibatkan dokumen mini mesyuarat Agung, senarai ahli, penyata kewangan serta laporan aktiviti tahunan.

Segala tanggungjawab melibatkan sukan permotoran negara kini menjadi tanggungjawab Protem Motorsports Committee.

Sementara itu KBS turut menegaskan bahawa pelumba yang memperoleh lesen perlumbaan di bawah AAM boleh meneruskan aktiviti permotoran sukan seperti biasa.

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply