GIVI Point Ketiga Dibuka Di Johor Bahru

  • GIVI Malaysia telah membuka satu lagi GIVI Point yang terletak di Johor Bahru berhampiran Jalan Tampoi.
  • Ianya merupakan GIVI Point yang ketiga dilancarkan selepas Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.
  • Bagi mereka yang membeli sebuah kotak dari GIVI Point Johor Bahru bermula sekarang hingga 19 Februari 2018 akan menerima sebuah unit lampu brek ketiga secara percuma.

Pengeluar aksesori motosikal Itali yang terkenal, GIVI, telah secara rasminya melancarkan GIVI Point mereka yang ketiga yang terletak di Johor Bahru, berhampirang dengan Jalan Tampoi. Ianya merupakan GIVI Point yang ketiga di dalam negara kita, selepas Kuala Lumpur dan juga Pulau Pinang. Pelancarannya itu telah dirasmikan oleh Pengarah Operasi Antarabangsa GIVI, Joseph Perucca, bersama dengan Pengarah Urusan GIVI Asia, On Hai Swee.

Menyedari bahawa Johor Bahru adalah salah sebuah pasaran yang paling penting bagi GIVI di dalam Malaysia, pengeluar tersebut telah mengambil langkah dengan membuka kedai baru di mana para pembeli boleh mendapatkan produk serta aksesori rasmi GIVI. Kedai GIVI Point tersebut juga amat bermanfaat kepada para pelanggan di mana ke semua aksesorinya akan dipasangkan pada motosikal secara percuma.

Sewaktu pelancaran tersebut, Encik On Hai Swee mengatakan yang telah terdapat banyak permintaan untuk kedai rasmi GIVI Point di negeri-negeri yang lain. Johor telah diberikan peluangnya terlebih dahulu selepas Kuala Lumpur dan Pulau Pinang namun mereka mempunyai rancangan masa hadapan yang termasuk untuk mengembangkannya ke kesemua negeri yang mempunyai permintaan yang mencukupi bagi produk GIVI.

Joseph Perucca juga telah menambah bahawa “Ibu pejabat GIVI di Itali amat bersukacita dengan kedudukan pasaran produk kami di Asia, terutamanya di Malaysia. Kami menawarkan sokongan sepenuhnya kepada pasaran di sini kerana ianya salah sebuah pasaran terbesar di seluruh dunia, seperti mana yang telah disaksikan oleh pengeluar ternama lain yang melihatnya sebagai tempat untuk memperkembangkan lagi jenama serta jualan mereka.”

Selain daripada pelancaran tersebut, satu upacara penyampaian hadiah bagi pertandingan GIVI Cielo Yuzy Racing turut diadakan. Pemenang hadiah utama, Encik Nazeri Bin Mohd Isa telah membawa pulang sebuah motosikal Honda RS150R edisi Cub Prix yang baru. Pemenang tempat kedua, Encik Mohd Aliff Hakeem, menerima sebuah helmet ‘fullface’ karbon fiber versi Yuzy Racing manakala pemenang tempat ketiga pula berpeluang untuk menikmati majlis makan malam eksklusif bersama pasuan Yuzy Racing.

Bagi meraikan lagi peristiwa bersejarah ini, GIVI juga telah memperkenalkan sebuah unit lampu brek ketiga yang mana ianya boleh dilengkapkan pada mana-mana plet asas kotak simpanan GIVI mereka. Ianya diperkenalkan sebagai satu ciri keselamatan dan untuk satu bulan yang berikutnya (dari sekarang hingga 19 Februari 2018), mereka yang membeli kotak simpanan baru dari GIVI Point Johor Bahru akan mendapat unit lampu brek ketiga ini secara percuma.

GIVI Point Johor Bahru terletak di alamat No. 39, Jalan Tampoi Susur 1, 81200, Johor Bahru, Johor Darul Takzim. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, layari laman Facebook rasmi GIVI Malaysia.

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]