Kawasaki Motors Malaysia Anjurkan Kempen Keselamatan Jalan Raya Pada 25 Januari 2018

  • Kawasaki Motors Malaysia (KMSB) akan menganjurkan satu kempen keselamatan jalan raya pada 25 Januari 2018 di plaza tol Sungai Besi (arah selatan).
  • Kempen Keselamatan Jalan Raya Kawasaki 2018 ini akan bermula dari jam 9 pagi sehingga pukul 6 petang.
  • Kempen keselamatan jalan raya ini terbuka bagi ke semua penunggang motosikal tidak mengira jenis serta jenama motosikal.

Kawasaki Motors Malaysia (KMSB) akan menganjurkan kempen keselamatan motosikal yang pertamanya bagi tahun 2018 pada tarikh 25 Januari 2018 ini. Bergelar “Kempen Keselamatan Jalan Raya Kawasaki 2018”, ianya merupakan program CSR (Tanggungjawab Sosial Korporat) pertama mereka bagi tahun ini yang menggalakkan keselamatan di atas jalan raya di kalangan para penunggang motosikal.

Kempen Keselamatan Jalan Raya Kawasaki 2018 ini akan dianjurkan di plaza tol Sungai Besi (arah selatan) dari jam 9 pagi hingga pukul 6 petang dengan cogan kata “Fikir keselamatan, tunggang dengan bertanggungjawab.” Program ini dianjurkan oleh Kawasaki Motors Malaysia bersama dengan Malaysian Motorcycle and Scooter Dealers Association (Persatuan Pengedar Motosikal dan Skuter Malaysia – MMSDA).

Kawasaki Motors Malaysia Menganjurkan Kempen Keselamatan Jalan Raya 2017

Kempen keselamatan jalan raya sebegini telah menjadi satu acara tahunan bagi Kawasaki Motors Malaysia. Program yang sama telah diadakan di tempat yang sama pada tahun lalu, dirasmikan oleh Dato’ Sri Liow Tiong Lai, Menteri Pengangkutan. Mereka yang telah hadir di awal acara berkenaan pada tahun lalu bagi menyertai kempen tersebut telah membawa pulang helmet dan jaket keterlihatan tinggi serba baru.

Selain dari kelengkapan terbaru itu, KMSB juga telah mengambil peluang ini untuk menyediakan pemeriksaan motosikal percuma bagi mereka yang datang bersama motosikal mereka. Ianya merupakan satu acara yang diadakan dengan penuh jayanya pada tahun lalu, memandangkan pemeriksaan 16 bahagian tersebut terbuka untuk ke semua jenis dan jenama motosikal. Kempen penyelenggaraan itu sudah semestinya akan dikendalikan oleh pihak professional dari Pusat Perkhidmatan Eksklusif Kawasaki (Kawasaki Exclusive Service Centre – KESC).

Untuk tahun ini, acara ini sekali lagi akan mendapat sokongan daripada JPJ, KKR, PLUS, PDRM, JKJR, Tokio Marine Insurans (Malaysia) Berhad, AEON Credit Service, KHI Helmet, Bridgestone, dan bermacam-macam lagi. Jadi, bersiap sedialah untuk merebut peluang tawaran dan diskaun yang menawan untuk kelengkapan motosikal serta pakaian menunggang.

Kempen Keselamatan Jalan Raya Kawasaki 2018 akan diadakan di plaza tol Sungai Besi (arah selatan) pada 25 Januari 2018 dari jam 9 pagi hingga pukul 6 petang. Jumpa anda semua di sana!

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.