Boon Siew Honda Lancarkan Bilik Pameran konsep Honda Impian X Baru

  • Boon Siew Honda dengan secara rasminya telah melancarkan bilik pameran konsep Honda Impian X mereka yang pertama di Gelang Patah, Johor.
  • Dikendalikan oleh Swee Seng Heng Sdn. Bhd., bilik pameran Honda Impian X tersebut bertumpukan kepada jualan dan kepakaran selepas jualan berfokuskan motosikal Honda 300cc ke bawah.
  • Lebih banyak bilik pameran Honda Impian X akan dilancarkan bermula dengan Perak dan diikuti oleh negeri-negeri yang lain bagi tahun 2018.

 

Boon Siew Honda (BSH) secara rasminya telah melancarkan bilik pameran konsep yang pertamanya di Malaysia pada awal hari ini. Pusat jualan dan perkhidmatan satu hentian terbaru yang tertumpu khusus untuk motosikal Honda sehingga 300cc itu telah membuka pintunya untuk para pelanggan di Gelang Patah, berhampiran dengan Nusajaya, Johor. Bilik pameran konsep ini telah dirintis oleh Swee Seng Heng Sdn. Bhd. yang telah berkecimpung dalam perniagaan motosikal di Johor sejak tahun 1990.

Menurut Pengarah Urusan Swee Seng Heng Sdn. Bhd., Encik David Ker, “Sebagai pengedar sah Honda bagi lebih daripada 25 tahun, saya berasa amat berbangga kerana dilantik sebagai pengedar Honda Impian X pertama di Malaysia. Bilik pameran unik ini telah menarik minat kebanyakan pelanggan lama dan baru kami, malah, sebelum dari pelancaran rasmi ini lagi. Dengan sokongan berterusan BSH, saya yakin dan akan menanti-nantikan urusniaga yang jaya bersama Honda Impian X.”

Dilengkapi dengan fasiliti dan peralatan terkini yang direka kha untuk motosikal berkapasiti kecil Honda, bilik pameran tersebut direncana bagi memenuhi permintan yang senantiasa meningkat bagi perkhidmatan selepas jualan berkualiti dari BSH. Bilik pameran Honda Impian X juga didatangkan sedia dengan segala keperluan gaya hidup terkini bagi generasi moden seperti ruangan menunggu yang selesa, Wi-Fi percuma dan minuman percuma.

Pengarah Urusan serta Ketua Pegawai Eksekutif BSH, Encik Nobuhide Nagata juga telah menambah, “Dengan pelancaran Honda Impian X, BSH menjangkakan peningkatan sebanyak 21% dalam jualan bagi 12 bulan yang berikutnya. Kami juga dengan sukacitanya mengumumkan yang kami merancang untuk membuka 10 buah lagi Honda Impian X di seluruh negara menjelang penghujung 2018.”

Sebagai ingatan, BSH telah merekodkan jualan keseluruhan berjumlah 120,613 unit bagi tahun 2017, peningkatan sebanyak 19% berbanding pada tahun 2016. Johor menyumbangkan sejumlah 14% daripada jualan keseluruhan BSH bagi tahun 2017, yang mana ianya adalah lebih daripada 16,000 unit dan merupakan penyumbang jualan kedua tertinggi di kalangan 13 negeri di dalam Malaysia.

Selain daripada bilik pameran dan bahagian jualan, kawasan bengkelnya juga telah dipertingkatkan lagi bagi memenuhi segala keperluan pelanggan serta mekanik Honda. Apabila ia memasuki kawasan penyelenggaraan,ke semua motosikal akan diperiksa secara professioanl dari mula hingga akhir bagi memastikan prosedur penyelenggaraan motosikal pada tahap premium telah dijalankan. Bersama dengan kakitangan yang terlatih, ke semua alat ganti tulen Honda telah disediakan untuk segala perkhidmatan penyelenggaraan pelanggan.

Selain itu, bilik pameran Honda Impian X juga akan turut menumpukan kepada keselamatan pelanggan dengan PDSA (Pre Delivery Safety Advice) bagi ke semua pelanggan yang telah membeli sebarang motosikal baru dari mereka. Segala aspek bermula dari langkah-langkah keselamatan jalan raya sehinggalah nasihat daripada jurulatih keselamatan akan diberikan sebagai sebahagian daripada proses penghantaran motosikal baru.

Lebih banyak lagi bilik pameran Honda Impian X akan dibuka dalam masa yang terdekat di dalam suku pertama tahun 2018 oleh Hip Seng Motors, dan Kin Wah Motors di negeri Perak. BSH juga turut mengatakan bahawa terdapat tujuh lagi bilik pameran Honda Impian X bakal tiba dalam tahun ini. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, layarilah laman Facebook rasmi Boon Siew Honda.

DIUJI: Honda NSS300 – Skuter Yang Mewah

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]