ads

Presiden Indonesia Kini Memiliki Sebuah Motosikal Buatan Khas Royal Enfield

  • Presiden Republik Indonesia baru sahaja memperolehi sebuah motosikal buatan khas Royal Enfield semalam.
  • Motosikal chopper buatan khas janaan enjin 350cc Royal Enfield itu telah dibina oleh Elders Garage dari Indonesia.
  • Ianya telah diinspirasikan daripada sebuah filem pendek separa dokumentari tempatan bertajuk “Chopperland”.

Ianya bukanlah setiap hari dapat kita saksikan seorang individu berpengaruh yang dapat menentukan hala tuju sesebuah negara membuatkan kita para penunggang motosikal teruja secara peribadi. Seperti mana sebarang situasi yang jarang-jarang sekali berlaku, ianya mengagumkan kita setiap kali ianya terjadi. Itulah yang telah terjadi sewaktu kami menemui sebuah pos Facebook terkini oleh Presiden Indonesia, Joko Widodo.

Nampaknya, Presiden Joko Widodo adalah seorang penggemar motosikal dan semalam, beliau telah memuatnaik satu pos yang memberitahu bahawa beliau telah membeli sebuah motosikal chopper buatan khas dari sebuah pembina tempatan. Dijana oleh enjin 350cc Royal Enfield, pembinaan motosikal itu telah dilaksanakan oleh pembina tempatan bersama kru mereka, Elders Garage. Motosikal tersebut telah mendapat ilham dari sebuah filem pendek separa dokumentari berjudul “Chopperland” (saksikanlah filem pendek berkenaan di penghujung artikel ini!)


Berdasarkan pos Facebook berkenaan, pelbagai kelengkapan yang berlainan di atas motosikal tersebut telah didapatkan dari beberapa tempat yang berbeza seperti pelananya yang didapatkan dari Bandung dan kerangkanya yang datang dari Jakarta. Dicatkan dalam skema warna emas yang mewah, Presiden Joko Widodo tampak amat kagum akan keseluruhan aturcara tersebut, yang menampilkan hasil seni bakat-bakat terbaik di Indonesia, dan sudah semestinya, meningkatkan lagi nilai keseluruhannya.

Ini bukanlah kali pertama Presiden Indonesia ini telah mengujakan seluruh dunia atas sebab-sebab yang tidak berkaitan dengan politik. Beliau juga merupakan peminat tegar muzik metal dan telah mengenakan t-shirt kugiran seperti Metallica, Napalm Death, dan Led Zeppelin sepanjang tempoh kempen beliau.

Malah, beliau juga turut dihadiahkan dengan sebuah album Metallica: Master of Puppets yang telah ditandatangan beberapa bulan yang lalu, buah tangan dari Perdana Menteri Denmark.

Dia mengakhiri pos Facebook berkenaan dengan satu jenaka mengatakan bahawa anaknya telah pun menelefonnya meminta kebenaran untuk meminjam motosikal tersebut walaupun beliau sendiri masih belum mencubanya. Memandangkan yang beliau juga merupakan seorang peminat tegar muzik hard rock dan metal, Layakkah sekiranya Joko Widodo mendapat gelaran “Presiden Paling Ranggi Sekali”? Sudah pasti beliau hampir pasti sekali layak dengan gelaran, apa yang perlu dilakukannya adalah menunggang sebuah motosikal superbike untuk memeterainya.

Untk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai asal-usul motosikal berkenaan dan juga Chopperland, saksikan filem pendek berkenaan di bawah.

 

Leave a Reply