ads

MotoGP: Michael Dunlop Akan Menguji Jentera Pengilang Suzuki Bagi Sesi Ujian Musim Sejuk Di Sepang

 

  • Juara Isle of Man TT 15 kali akan menyertai ujian musim sejuk di Sepang pada hari Ahad ini.
  • Dunlop, bersama dengan Toni Elias, Josh Waters, dan Slyvain Guintoli akan melakukan catatan masa pusingan di atas litar di atas jentera MotoGP Suzuki GSX-RR.
  • Suzuki telah memberikan peluang kepada Dunlop sebagai penghargaan buatnya yang telah memenangi perlumbaan Isle of Man Senior TT 2017 di atas jentera terkini Suzuki GSX-R1000R.

Para penggemar sukan permotoran di Malaysia sudah pasti tidak asing lagi dengan perlumbaan motosikal jalan raya paling berbahaya di dunia iaitu Isle of Man TT. Walaupun kita sudah pasti mengenali nama-nama penunggang berprofil tinggi seperti John McGuinness dan Guy Martin, mendapat sebarang pendedahan dari siri perlumbaan, atau pun mengenai para penunggangnya ternyata agak sukar.

Pada hujung minggu ini, akan berlangsungnya ujian musim sejuk MotoGP rasmi yang pertama bagi musim 2018 di Litar Antarabangsa Sepang dan kami telah mendengar akan adanya beberapa penunggang tambahan di samping penunggang MotoGP yang sedia ada. Bagi pasukan pengilang Suzuki ECSTAR, mereka juga akan membawa pemenang Isle of Man TT sebanyak 15 kali dan legenda perlumbaan jalan raya, Michael Dunlop.

Sumber imej: MCN

Pasukan pengilang Suzuki MotoGP akan membawa ke semua penunggang mereka dari pelbagai siri perlumbaan. Selain daripada penunggang uji mereka iaitu Slyvain Guintoli, juara MotoAmerica Superbike Toni Elias dan juara Australian Superbike, Josh Waters juga akan melakukan beberapa pusingan di Sepang, di atas jentera MotoGP yang senantiasa bertambah baik, Suzuki GSX-RR.


Sumber imej: MCN

Pelumba Isle of Man TT, Michael Dunlop telah mendapat tawaran untuk mencuba jentera Suzuki GSX-RR sebagai penghargaan pihak pengeluar di atas kemenangannya pada perlumbaan Senior TT pada tahun lalu di atas motosikal jalan raya serba baru Suzuki GSX-R1000R dengan bantuan penuh pengilang.

Sumber imej: Ultimate Motorcycling

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kemenangan Dunlop sewaktu perlumbaan Senior TT pada tahun lalu, tekan pautannya di bawah ini.

Isle of Man TT 2017 – Michael Dunlop Memenangi TT Senior Di Atas Jentera Terbaru Suzuki GSX-R

Ada berita yang telah tersebar bahawa jemputan ujian musim sejuk MotoGP untuk Dunlop ini adalah bagi memujuk penunggang berusia 28 tahun dari Ireland Utara itu untuk meneruskan kerjaya perlumbaan jalan rayanya bersama Suzuki. Setakat ini, tiada lagi pengesahan sama ada Dunlop akan terus bersama Suzuki atau pun mengorak langkahnya dengan pasukan lain bagi tahun 2018.

Sumber imej: MotoGP

Apa yang kita boleh buat hanyalah menunggu kepastiannya selepas ujian musim sejuk MotoGP yang akan tiba pada hujung minggu ini. Apa yang pasti, Suzuki telah membuatkannya lebih sukar bagi Dunlop mengucapkan selamat tinggal, lebih-lebih lagi dengan tawaran ‘terima kasih’ Suzuki GSx-RR ini.

Teruskan setia bersama kami di MotoMalaya, di mana kami akan membawa lebih banyak liputan mengenai Dunlop serta ujian musim sejuk MotoGP di Sepang yang bermula dari 28 hingga 30 Januari 2018.

Selain itu, anda juga boleh membelek siapakah yang terpantas pada tahun lalu sewaktu ujian musim MotoGP 2017 pada pautannya di bawah ini!

Maverick Viñales terpantas kali ini di ujian musim sejuk di litar Sepang, Malaysia

 

Leave a Reply