Konvoi MotoGP GIVI Malaysia 2018 – Tradisi Diteruskan

  • Konvoi MotoGP GIVI Malaysia 2018 meneruskan tradisi tahunan GIVI Asia.
  • Muzium Negara telah dipilih sebagai tempat permulaan untuk tahun ini.
  • Para peserta telah menerima pelbagai hadiah hebat termasuklah tiket dan tempat parkir istimewa.

Konvoi MotoGP GIVI Malaysia 2018 meneruskan tradisi GIVI dalam penganjuran konvoi ke perlumbaan MotoGP Malaysia untuk setiap tahun.

GIVI Asia akan memilih latar belakang yang terkenal sebagai titik mula konvoi bagi setiap tahun. Bagi tahun 2018, mereka telah memilih Muzium Negara. Perkarangan muzium berkenaan adalah ruang yang cukup luas bagi memuatkan ke semua motosikal dan tempat pendaftaran.

Setiap peserta telah mendaftar atas talian sewaktu konvoi ini diumumkan pada bulan lepas. Mereka kemudiannya akan menerima pengesahannya melalui emel masing-masing. Akhir sekali, mereka perlu melampirkan lembaran pengesahan mereka di meja pendaftaran sebelum permulaan konvoi bagi mengesahkan kehadiran mereka.

Sebaik sahaja mengesahkan kehadiran, para peserta akan diberikan:

  • Cenderahati GIVI.
  • Cenderahati Castrol.
  • Satu (1) stiker parkir motosikal PA1.
  • Satu (1) tiket grandstand.

Pendaftaran bermula seawal jam 7.30 pagi. Sarapan ringan telah disediakan di kafeteria muzium. Sejurus itu, mereka memulakan perjalanan kerana perlumbaan yang dijadualkan telah diawalkan sebanyak dua jam bagi mengelakkan hujan yang diramalkan pada lewat petang kemudian.

Namun, sebelum bertolak, wakil daripada GIVI telah memberi ucapan sepatah dua mengalukan ke semua peserta konvoi. Pegawai Polis Trafik yang bertanggungjawab menjadi pengiring konvoi ini telah memberikan taklimat keselamatan selepas itu.

Konvoi mulai bergerak daripada perkarangan muzium, diiringi sepanjang perjalanan oleh Polis Diraja Malaysia. Para peserta konvoi berasa amat bertuah dengan adanya iringan ini ketika mereka memintas beberapa buah kesesakan sewaktu mereka semakin menghampiri Litar Antarabangsa Sepang.

Lot parkir istimewa telah disediakan buat para peserta, mengelakkan kesukaran mendapatkan tempat parkir buat para peserta. Motosikal mereka dijaga sepanjang acara perlumbaan ini oleh para petugas GIVI.

Para peserta kemudiannya telah menuju ke astaka besar GIVI di perkarangan ruang SIC. Di sana, mereka telah diberikan tiket dan lebih banyak hadiah.

Sebuah pentas juga turut disediakan untuk mereka, bertentangan dengan pit pasukan LCR Honda.

Pastikan anda menyertai konvoi MotoGP GIVI pada tahun depan. Ianya pasti lebih mudah daripada perlu menunggang ke acara perlumbaan ini bersendirian.

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.