GIVI Malaysia Lancarkan Blog Dan Komuniti GIVISTA

  • GIVI Malaysia telah melancarkan laman blog dan Komuniti GIVISTA.
  • Blog ini akan menampilkan pelbagai produk, aktiviti gaya hidup, dan juga trivia.
  • Komuniti GIVISTA akan memberikan sorotan kepada aktiviti para pengguna GIVI.

GIVI Malaysia telah melancarkan sebuah blog dalam laman sesawang mereka dan laman Komuniti GIVISTA di Facebook baru-baru ini.

Seperti mana yang kita semua sedia maklum, jenama GIVI adalah satu jenama aksesori motosikal yang cukup terkemuka di seluruh dunia. Mereka mempunyai satu rangkaian kelengkapan motosikal yang cukup meluas, di mana syarikat ini mempunyai produk buat pelbagai jenis motosikal dari jenis dan kapasiti enjin yang berbeza, tidak kiralah sama ada untuk skuter, sehinggakan untuk motosikal adventure-tourer kelas terbuka.

Dan dengan kerana itu, kedua-dua platform baharu ini akan membawakan maklumat dan berita terkini mengenai produk terbaru mereka. Bagaimana pun, ada beberapa buah perbezaan yang ketara antara kedua platform ini.

Blog GIVI Malaysia di http://www.givi.com.my/blog.php bukan sahaja akan menampilkan produk terbaru mereka, tetapi ia juga tampil dengan pelbagai artikel berbeza. Anda mungkin dapat membaca artikel tentang aplikasi praktikal bagi produk-produk mereka, cerita mengenai pengalaman menggunakan produk-produk ini dan bermacam-macam trivia seperti pelibatan syarikat dalam sukan permotoran.

Laman Facebook Komuniti GIVISTA pula, seperti mana namanya itu, adalah tempat di mana komuniti pengguna GIVI berkongsi pengalaman mereka, konvoi dan tunggangan, serta yang paling utama sekali, rasa sayang mereka terhadap produk GIVI. Kita juga boleh mendapatkan pelbagai berita terkini mengenai aktiviti GIVI Malaysia, sebagai contoh, jemputan untuk menyertai konvoi.

Anda juga boleh melayari laman sesawang GIVI Malaysia, dan juga laman Facebook rasmi GIVI Malaysia bagi mendapatkan sebarang maklumat selanjutnya.