GIVI Taja 200 Buah Helmet Bagi Le Tour de Langkawi 2018!

  • GIVI Asia telah diumumkan sebagai salah sebuah daripada lima penaja baru bagi perlumbaan basikal Le Tour de Langkawi 2018.
  • Sejumlah 200 buah helmet akan diberikan kepada pihak polis, marsyal dan juga warga media untuk kegunaan sepanjang perlumbaan tersebut.
  • Perlumbaan basikal ikonik itu akan bermula dari 18 hingga 25 Mac 2018 dan akan merentasi sejumlah lapan buah negeri.

GIVI Asia, bersama dengan empat buah institusi terkemuka yang lain di Malaysia telah terpilih sebagai penaja terbaru bagi perlumbaan basikal Le Tour de Langkawi 2018 yang bakal berlangsung dari 18 hingga 25 Mac 2018. Sejumlah 200 unit helmet GIVI M30 akan diserahkan kepada pihak polis, marsyal, dan juga warga media untuk kegunaan sepanjang perlumbaan tersebut.

Menurut Pengarah Urusan GIVI Asia, Encik On Hai Swee, yang turut berasa amat berbesar hati dapat terlibat dalam acara perlumbaan yang ikonik ini, “Perlumbaan ini mendapat liputan yang luas dan diikuti di Eropah, termasuklah di Itali, di mana terletaknya ibu pejabat kami.”

“Seiring dengan falsafah kami yang mengutamakan keselamatan, kami telah membekalkan helmet berkualiti tinggi yang mana ianya juga selesa untuk digunakan oleh pihak polis dan marsyal sepanjang perlumbaan tersebut,” tambah Encik On. Di Samping GIVI Asia, penaja baru yang lain bagi Le Tour de Langkawi tahun ini adalah NUR Power Group, Kerajaan Negeri Terenggannu, Spritzer, serta Thule South East Asia Sdn. Bhd.

Sejumlah 22 pasukan akan bertanding dalam perlumbaan basikal yang epik ini, merentasi jarak sehingga 1,341km. Le Tour de Langkawi akan merentasi lapan buah negeri yang mana ianya akan bermula di Kangar Perlis, dan berakhir di ibu kota Kuala Lumpur. Perlumbaan ini akan berlangsung dari 18 hingga 25 Mac 2018.

Tahniah buat GIVI Asia di atas tajaan yang hebat ini, dan kerana sentiasa menggalakkan dan mempromosikan keselamatan tahap tertinggi dalam ke semua acara yang mereka sertai.

GIVI Point Ketiga Dibuka Di Johor Bahru

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]