Debaran Semakin Terasa Bagi GIVI Rimba Raid Mat Daling

  • Rimba Raid kembali ke Mat Daling pada 6 hingga 8 Julai 2018.
  • Pada waktu ini, telah ada kira-kira 200 orang peserta yang telah berdaftar, mewakili 13 buah negara.
  • Penyerahan kit rali telah diadakan secara bersama oleh GIVI Asia dan Ducati Malaysia pada 23 Jun 2018 yang lalu.

Jika Rimba Raid edisi yang lalu cukup menyeronokkan, edisi terkini yang bergelar GIVI Rimba Raid Mat Daling sudah pasti akan lebih mengujakan. Sila tekan pautan di bawah bagi membaca liputan laman saudara kami, Bikes Republic, mengenai Rimba Raid yang telah diadakan di Janda Baik, Pahang, pada awal tahun ini.

Rimba Raid @ Janda Baik 2018 a Rousing Success

Mat Daling boleh dianggap sebagai kampung halaman Rimba Raid kerana ianyalah tempat di mana siri ini bermula, jadi, tidak lengkaplah sekiranya mereka tidak kembali ke Taman Negara. Acara ini akan berlangsung dari 6 hingga 8 Julai 2018.

Dengan meningkatnya populariti Rimba Raid, edisi kali ini di Mat Daling sudah pasti akan menjadi edisi yang paling gempak sekali, meliputi rali sejauh 125km sepanjang tiga hari melalui di antara pemandangan alam sekitar yang paling indah di Malaysia. Pada masa ini, terdapat kira-kira 200 orang peserta dari 13 buah negara yang telah mendaftar.

Dan dengan itu, para penganjurnya telah menyediakan peluang buat para peserta untuk mendapatkan kit rali mereka sebelum 6 Julai.

Acara penyerahan kit rali tersebut telah diadakan di kompaun Ducati Malaysia, di Naza Auto Mall bersama dengan GIVI Asia, di mana Ducati adalah salah sebuah penajanya dan GIVI Asia adalah penaja utama Rimba Raid kali ini.

Setiap kit rali telah disertakan dengan jersi rali peribadi, baju rasmi acara, stiker bernombor bagi setiap motosikal peserta dan juga yang lain-lain, disediakan oleh GIVI Asia.

Para peserta ini juga telah berpeluang membelek dan membeli produk-produk terbaru GIVI (dengan diskaun khas) seperti bekas aluminium, bagasi kalis air, dan helmet.

Lebih kurang 130 orang peserta telah menghadirkan diri bagi mendapatkan kit mereka pada hari berkenaan, membolehkan proses pelancaran yang lebih lancar pada hujung minggu rali tersebut.

Acara rali berkenaan akan bermula di Xscape Resort Taman Negara pada 6 Julai 2018.

Rimba Raid

Rimba Raid tercetus apabila sekumpulan sahabat menganjurkan tunggangan ‘off-road’ ke tempat yang terpencil pada tahun 2015. Kini, acara tersebut diadakan dua kali setahun di Janda Baik dan Mat Daling, acara perkhemahan dan penunggangan Rimba Raid mempromosikan penggunaan khazanah hutan hujan Malaysia yang mapan dan bertujuan untuk membangunkan komuniti yang saling tolong menolong di kalangan penggemar dwi-sukan di rantau ini.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai acara GIVI Rimba Raid Mat Daling, sila layari laman Facebook Rimba Raid, atau hubungi Dato’ Kapten Nik Huzlan di talian 019-231 0005.

Maklumat

Rimba Adventures Sdn Bhd
Tel: +6013 3357334
Emel: [email protected]
Facebook: https://www.facebook.com/RimbaRaidAdv/

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.