Motosikal KTM 790 Adventure 2019 dan KTM 790 Adventure R 2019 telah dilancarkan. Model asasnya itu lebih sesuai untuk kegunaan jalan raya manakala varian R adalah untuk penunggangan ‘off-road’. Model-model ini telah diperkenalkan di pertunjukan EICMA 2018.
Category: BERITA ANTARABANGSA
Berita dan ulasan pandu uji Kereta dari Malaysia, berita tempatan dan antarabangsa
Motosikal Honda CB650R 2019 telah diperkenalkan pada EICMA 2018. Model ini dibina atas platform motosikal Honda CB650F. Ia melengkapkan rangkaian Neo Sports Café Honda.
BMW R 1250 GS Adventure 2019 telah pun dilancarkan secara rasmi. Ia akan dilengkapi dengan enjin ShiftCam 1,254cc. Lampu LED dan skrin TFT 6.5 inci datang sebagai kelengkapan standard.
Motosikal MV Agusta Brutale 1000 Serie Oro 2019 ini merupakan model super naked paling berkuasa dengan 205hp. MV Agusta telah berusaha bagi mengurangkan geseran dalam enjin dan mengurangkan beratnya. Hanya 300 unit yang akan dibina.
Ducati Hypermotard 950 2019 telah diperkenalkan sewaktu acara Ducati 2019 World Première baru-baru ini. Dilengkapi dengan enjin dwi silinder Testastretta 11º, 937cc, model Hypermotard 950 baharu ini menghasilkan 114hp dan 96Nm tork. Dua varian berbeza telah diperkenalkan, iaitu model Hypermotard 950 asas dan Hypermotard 950 SP.
Ducati telah memperkenalkan model Ducati Panigale V4 R 2019 sewaktu acara World Ducati Première 2019. Enjin 998cc-nya itu mampu menghasilkan 217hp, namun, dengan ekzos perlumbaan, ianya dipertingkatkan menjadi 231hp. Panel badan baharunya dilengkapi dengan winglet. Ianya hanya seberat 193kg, diisi penuh dan sedia untuk ditunggang.
Alex Rins dan Suzuki merupakan yang terpantas selepas FP2 pada hari Jumaat. Keputusan yang memberangsangkan ini telah diperolehi mereka walaupun jentera Rins telah mengalami kebakaran di lorong pit semalam. Kedua-dua sesi FP1 dan FP2 berlangsung dalam keadaan cuaca kering.
Paul Teutel Sr. dari Orange County Choppers akan mula membina kembali motosikal untuk jualan. Bintang siri televisyen “American Chopper” berkenaan akan bekerjasama dengan Bubba’s Exotic Motorsports. Rangkaian baharu ini akan diberi nama “Senior”, dan ia terdiri daripada dua buah model.
Alvaro Bautista berjaya mendapat tempat ke-empat sewaktu pusingan GP Australia pada hujung minggu yang lalu. Keputusan perlumbaan ini menunjukkan adanya jurang yang besar di antara jentera perlumbaan pasukan pengilang dan pasukan satelit. Dorna perlu menghentikan sistem ‘bertingkat’ bagi membolehkan ke semua pelumba berbakat bersaing secara adil.