Kuala Lumpur Muncul Bandar Ke-5 Dengan Harga Kereta Termahal Dunia

Menurut kajian oleh Deutsche Bank, Malaysia merupakan pusat bandar kelima paling mahal untuk membeli kereta saiz pertengahan jika dibandingkan dengan 54 bandar lain di dunia.

Bagaimanapun, kajian tersebut turut mendapati Malaysia menawarkan harga petrol keempat termurah jika dibandingkan dengan 54 bandar tersebut.

Keputusan kajian mendapati untuk membeli kenderaan jenis Volkswagen Golf, di Kuala Lumpur, anda perlu membelanjakan lebih USD36,323 (RM152 ribu), 55 peratus lebih mahal jika dibandingkan di New York, Amerika Syarikat.

Singapura muncul sebagai kota termahal apabila perlu membelanjakan lebih USD76,313 (RM320 ribu) untuk mendapatkan model sama.

Berdasarkan harga pasaran kereta tahun ini, kadar USD76,313 (RM320 ribu) adalah 225 peratus lebih tinggi daripada New York, USD23,454 (RM98 ribu).

Senarai 10 bandar termahal untuk membeli kereta seperti berikut:

1. Singapura, Singapura (USD76,313)
2. Copenhagen, Denmark (USD39,904)
3. Oslo, Norway (USD39,273)
4. Dhaka, Bangladesh (USD37,579)
5. Kuala Lumpur, Malaysia (USD36,123)
6. Jakarta, Indonesia (USD34,263)
7. Tokyo, Jepun (USD30,862)
8. Helsinki, Finland (USD30,003)
9. Amsterdam, Belanda (USD29,317)
10. Lisbon, Portugal (USD28,450)

Namun, laporan edisi kelapan oleh Deutsche Bank itu tidak menerangkan secara terperinci faktor yang menentukan harga kereta terbabit selain daripada menyatakan polisi negara menyebabkan harga kereta import melambung tinggi.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.