Cycle & Carriage-Petronas Semarakkan Balik Kampung Dengan PRIMAX 95!

Bagi menandakan permulaan sambutan perayaan, Cycle & Carriage Bintang Berhad dengan kerjasama bersama Petronas Dagangan Berhad, telah menemui pelanggan serta peminat Mercedes-Benz sekitar Selangor sambil menguji produk baharu Petronas PRIMAX 95 dengan minyak Pro-Drive.

Acara ‘Balik Kampung Like Never Before’ telah membuka tirai di Cycle & Carriage Bintang Mercedes-Benz City Store @ TREC.

Para tetamu dengan model Mercedes-Benz mereka telah menguji Petronas PRIMAX 95 dengan Pro-Drive apabila mengembara ke sembilan ‘pit-stop’ yang meliputi perjalanan sejauh 120km sekitar Selangor.

Ketua Pegawai Eksekutif Cycle & Carriage, Wilfrid Foo berkata, balik kampung merupakan aktiviti yang disambut seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum.

“Malaysia adalah negara yang meraikan kepelbagaian kaum setiap tahun. Tanpa mengira perayaan, budaya balik kampung sudah sebati dengan rakyat Malaysia. Lebih-lebih lagi dengan sambutan Hari Raya yang semakin menjelang tiba. Kami teruja kerana dapat bersama-sama Petronas dalam meraikan pengembaraan ini,” jelasnya.

Selain daripada pemanduan sejauh 120km bagi menguji minyak baharu keluaran Petronas. Peserta turut merasai nostalgia di zaman kanak-kanak dengan pelbagai permainan klasik antaranya Tapak Gajah, Batu Seremban dan Baling Selipar.

Bercakap mengenai pengalaman ini, Foo berkata,”Selama 120 tahun, Cycle & Carriage sentiasa bersemangat dalam menghasilkan pengalaman terbaik untuk pelanggan di samping memastikan mereka menerima servis dan produk terbaik daripada kami.”

Bagi meraikan ulangtahun ke-120, Cycle & Carriage telah menyediakan beberapa acara menarik sepanjang 2019.

Untuk maklumat lanjut, layari www.cyclecarriage.com.my

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply