International Engine & Powertrain Award: Ferrari Rangkul Anugerah Enjin Terbaik

Ferrari melakar kejayaan keempat berturut-turut di International Engine & Powertrain Award edisi ke-21 apabila muncul juara keseluruhan dengan enjin 720-cv, 3.9 liter V8.

Pencapaian tersebut tidak pernah dilakukan oleh enjin lain dalam sejarah anugerah terbabit.

Enjin bersasaran 3902cc V8 yang digunakan bagi model 488 GTB, 488 Spider, 488 Pista dan 488 Pista Spider itu merangkul anugerah keseluruhan dan anugerah Performance Engine.

Ferrari V8 turut merangkul dua anugerah lain; enjin yang sama diundi sebagai unit kuasa lebih 650 PS terbaik sementara versi 3855cc yang digunakan model Portofino dan GTC4Lusso telah memenangi kategori 550 ke 650 PS.

Pencapaian ini sekaligus menyaksikan Ferrari telah pun merangkul 31 anugerah di International Engine & Powertrain Award.