MotoGP: Honda Lakar Kemenangan Ke-300 Dalam Kelas Premier

Sumber: Honda Racing Corporation

Marc Marquez merekodkan kemenangan ke-47 dalam kariernya di MotoGP apabila memenangi GP Perancis malam tadi sekaligus mengukuhkan lagi kedudukan dalam perebutan kejuaraan musim ini.

Lebih menarik, pencapaian tersebut merupakan kemenangan ke-300 Honda dalam kelas premier, sekaligus menjadi pengeluar pertama yang berjaya merekodkan angka itu.

Kemenangan pertama Honda hadir pada tahun 1966 di Hockenheim bersama pelumba, Jim Redman dari Honda RC181.

Sumber: Honda Racing Corporation

Freddie Spencer mengembalikan Honda ke podium dalam kelas 500cc pada 1982 di Spa-Francorchamps dengan jentera NS500. Takazumi Katayama menjadi pelumba Jepun sulung untuk memenangai kelas 500cc untuk Honda dalam tahun sama.

Tahun 1984 menandakan kemunculan model NSR500 – jentera legenda yang berjaya merekodkan 132 kemenangan dengan pelumba seperti Mick Doohan, Wayne Gardner, Alex Criville dan Eddie Lawson mendominasi kelas premier termasuk tujuh Constructors World Championships.

Sumber: Honda Racing Corporation

Honda kemudiannya bingkas mendominasi era empat strok dengan jentera RC211V dengan memenangai perlumbaan pertama di GP Jepun 2002.

Model RC211V, RC212V dan RC213V telah membantu Honda meraih 144 kemenangan dalam era empat strok, termasuk Marquez yang mendominasi GP Perancis, malam tadi.

Berikut senarai 300 kemenangan Honda dalam kelas premier:

Jim Redman

2

Mike Hailwood

8

Freddie Spencer

20

Takazumi Katayama

1

Randy Mamola

4
Wayne Gardner

18

Eddie Lawson

4

Pierfrancesco Chili

1
Mick Doohan

54

Alex Criville

15
Daryl Beattie

1

Alberto Puig

1

Luca Cadalora

2

Carlos Checa

2

Tadayuki Okada

4

Max Biaggi

5
Loris Capirossi

1

Alex Barros

6
Valentino Rossi

33

Tohru Ukawa

1
Sete Gibernau

8

Makoto Tamada

2
Nicky Hayden

3

Marko Melandri

5
Dani Pedrosa

31

Toni Elias

1
Andrea Dovizioso

1

Casey Stoner

15
Marc Marquez

47

Jack Miller

1
Cal Crutchlow

3