2030 Tahun Akhir Bagi Motosikal Yang Menggunakan Bahan Api Fosil?

Motorcycle Global menjangkakan harga bagi sebuah motosikal dan skuter yang menggunakan elektrik akan turun dalam masa lima tahun akan datang sekaligus akan memberi saingan pada jentera yang menggunakan bahan api fosil.

Kajian tersebut mendapati kejatuhan kos teknologi elektrik akan menjadi penyumbang utama terhadap penurunan harga motosikal elektrik secara keseluruhan.

Di China, permintaan terhadap jentera dua roda elektrik meningkat dengan mendadak atas beberapa faktor antaranya, kos penyelenggaraan rendah, mudah dikendalikan dan lebih efisien.

Permintaan motosikal elektrik juga semakin mendapat perhatian penduduk di India yang merupakan pasaran terbesar dunia bagi motosikal.

India, China dan Eropah juga telah mengumumkan niat mereka untuk mengharamkan penggunaan minyak fosil bagi motosikal menjelang 2030.

Bagi pemantau kewangan dunia, industri motosikal hanya dikaitkan dengan motosikal berprestasi tinggi yang dijual oleh jenama terkenal seperti Harley-Davidson, Ducati dan BMW namun penjualan mereka hanya merangkumi 1 peratus penjualan di seluruh dunia.

Sementara peningkatan terhadap pasaran motosikal global bergantung pada motosikal yang dijual bagi kegunaan harian yang dijual pada harga kurang daripada USD2500. Pasaran ini merupakan sasaran utama bagi motosikal elektrik.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.