KTM 2020: Kembalinya Jentera ‘Off-Road’ 4-Lejang

KTM 500 XCF- W

KTM mengumumkan gelombang kedua bagi model 2020 termasuk memperkenalkan semula barisan model XCF-W!

Sebelum ini, KTM berkata bahawa model EXC dual-sport sudah memadai sebagai jentera off-road. Bagaimanapun, bagi tahun 2020, pendirian KTM berubah dan mereka akan menawarkan semula model XCF-W.

Barisan model tersebut akan kelihatan lebih kurang sama dengan jentera dual-sport namun tidak lagi dibebankan dengan peralatan DOT.

KTM 350 XCF-W 2020

Antara model yang bakal menggegar 2020 termasuklah KTM 150 XC-W TPI, KTM 250 XC-W TPI dan KTM 300 XC-W TPI 2-lejang, KTM 350 XCF-W dan KTM 500 XCF-W 4-lejang yang hanya dicipta untuk kegunaan off-road.

Terkenal dalam penghasilan jentera enduro, model KTM ini akan dilengkapi pelbagai inovasi terbaru antaranya enjin berprestasi tinggi, chasis baru dengan penyerap hentakan WP XPLOR, reka bentuk ,penapis udara, sistem penyejuk, dan sistem ekzos baharu.

KTM 300 XC-W

Penambahbaikan ini yang digabung dengan handlebar NEKEN, brek Brembo serta rim Giant memastikan model KTM EXC dan XC-W muncul sebagai jentera off-road ekstrim dan dual-sport terbaik dalam pasaran.

KTM juga akan menawarkan KTM Powerparts bagi pemilik yang berminat untuk menyesuaikan jentera ke tahap yang lebih tinggi.

KTM 250 XC-W
KTM 150 XC-W

Ketika ini masih tiada maklumat mengenai kesemua model ini akan dipasarkan di Malaysia. Mohon peminat enduro untuk bersabar!

(SUMBER: Dirt Bike Magazine)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.