MV Augusta Superveloce 800 Akan Dilancarkan Tahun Depan!

Jika anda mengikuti perkembangan MV Augusta di laman sosial, pastinya berita ini bukan satu kejutan apabila mereka memberikan tayangan ‘sneak peek’ bagi jentera yang bakal diperkenalkan tahun hadapan.

Superveloce 800 buat julung kalinya dipertontonkan kepada orang ramai ketika di EICMA tahun lalu dalam bentuk konsep.

Rekaan keseluruhan Superveloce seakan mendapat suntikan DNA model 500 Three pada tahun 1960 yang ketika itu membantu pelumba Giacomo Agostini melakar nama dalam sejarah sukan permotoran.

Sumber: MotorcyclesClassic

Meskipun tiada maklumat mengenai spesifikasi jentera tersebut namun menurut Ride Apart, MV Augusta mungkin menggunakan enjin 798cc tiga silinder yang dipinjamkan daripada F3 – yang menghasilkan 148hp dan mampu mencapai kelajuan 240 km/j.

Menurut perkongsian di laman Instagram @mvagustamotor, Superveloce 800 akan dilancarkan pada 2020 jadi kemungkinan model terbabit boleh didapati sekitar hujung tahun ini.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.